Apr 28, 2008

Pertandingan Mewarna Pra Sekolah & Sekolah Rendah Tahap 1





Klik disini untuk melihat gambar lagi.

PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH & SEKOLAH RENDAH TAHAP 1
TEMPAT : WISMA MAIS ,SEKSYEN 3,SHAH ALAM.
MASA : 9.30 PAGI – 12 TGHARI
TARIKH : 26 APRIL 2008

ANJURAN : Lembaga Zakat Selangor dan Grow Management & Services
DIRASMIKAN OLEH : En Abdul Samad Ibrahim
Ketua Jabatan Pembangunan Asnaf ,Lembaga Zakat Selangor.

Pertandingan Mewarna Prasekolah dan Sekolah Rendah Tahap 1 ini merupakan program yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor bersama Grow Management & Services sempena program Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sale yang diadakan di perkarangan Wisma MAIS ini. Program ini diadakan bagi melaksanakan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada para peniaga dan juga pengunjung Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sales.
Antara objektif program ini ialah membantu meningkatkan taraf hidup peniaga Pasar Rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan asnaf dengan gabungan peniaga-peniaga luar. Selain itu, acara ini adalah salah satu promosi bagi menarik pelanggan untuk ke Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sale yang diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 7-12 tengahari.
Pasar Rakyat Asnaf ini menawarkan pelbagai barangan basah, kering dan makanan manakala Booth Sale pula menawarkan barangan seperti pakaian, aksesori lelaki, wanita dan lain-lain barangan kering. Untuk makluman para hadirin sekalian, Pasar Rakyat Asnaf ini telahpun beroperasi selama lebih kurang setahun dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung.
Hadirin hadirat sekalian,
Pertandingan mewarna pada hari ini menawarkan hadiah yang menarik kepada para pemenang selain cenderahati yang diberikan kepada setiap peserta berupa set kelengkapan mewarna dan majalah tajaan Karangkraf Sdn Bhd. Juri-juri pertandingan pula adalah juri dari Lembaga Zakat Selangor yang dijemput khas. Dengan adanya aktiviti seperti ini pada setiap minggu, dapat menaikkan lagi nama Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sales seterusnya menaikkan nama Wisma MAIS ini.

Apr 24, 2008

Pertandingan Mewarna Peringkat Kanak-kanak




Pertandingan Mewarna Peringkat kanak-kanak Pra Sekolah dan /Sekolah

Tarikh : 26 April 2008
Tempat : PASAR RAKYAT ASNAF,WISMA MAIS SEKSYEN 3.SHAH ALAM
Masa : 9.00 Pagi - 11.30 petang.
PERASMIAN OLEH :Y.A.D DATO' SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD



Pendaftaran Percuma.
Sarapan pagi disediakan : Peserta dan ibubapa sahaja.

Apr 16, 2008

TPM BIOTECH SDN BHD 16.4.2008



Penerangan Produk : En KamarulAmin Mohd Bustami selaku Assistant Manager-Production Biodiverstiy Research & Production Center.


Tongkat Ali Gergasi

Pembangunan Usahawan Asnaf 16.4.2008



Dr Norlizan selaku Tim Pengarah Jab,Perkhidmatan Haiwan Selangor dengan Wakil DPMMS En Amizar dalam usaha membantu Pembangunan Usahawan Asnaf Lembaga Zakat Selangor.

Apr 10, 2008

Semua Kursus Anjuran LZS dibekukan

Pengumuman :

Semua Kursus Anjuran Lembaga Zakat Selangor telah dibekukan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan tidak lama lagi.

Terima Kasih

Apr 4, 2008

Car Boots Sales

Car Boots Sales
1)Tempat : Wisma MAIS SEKSYEN 3,Shah Alam.
2)Pendaftaran Baru: RM 50.00 ( Percuma sebulan )
3)Khemah : Saiz 8 x 8 ( disediakan )
4)Masa : Setiap Hari Sabtu 7.30 AM hingga 1.00 PM
5)Bayaran bulanan : RM 60.00



Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
Rafidah Ramly :03 5541 8786
Saiful Adli :03 5541 8787