Mar 3, 2009

Cyber Sales ( Sinar Harian 1.3.2009)



Karnival Cyber Sales bantu usahawan Bumiputera

SHAH ALAM - Karnival 'Cyber Sales Selangor 2009' anjuran Dewan perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diadakan bertujuan menyahut seruan kerajaan agar memberikan lebih banyak peluang kepada usahawan di dalam sektor perkhidmatan dan peruncitan.
Pengerusi Dewan Muda Selangor DPMMS, Agil Faisal Mohd Fadzil berkata, program ini juga memberi peluang kepada usahawan terlibat di dalam perniagaan ICT memperkembangkan dan memperkenalkan syarikat masing-masing. "Kita berperanan dalam membantu usahawan Melayu dengan mengadakan pelbagai program seperti seminar dan taklimat, kolokium, persidangan meja bulat, simposium perniagaan dan sebagainya.
Program ini merupakan aktiviti tahunan DPMMS dan ia julung kali diadakan melibatkan perniagaan lCT," katanya.

enurutnya, melalui karnival ini, ia dapat membantu golongan usahawan muda agar cenderung menceburi dunia perniagaan lCT kerana pada masa kini perniagaan ini dimonopoli usahawan bukan Melayu..

Selain itu, ia mewujudkan ruang promosi yang mempunyai impak dan prestasi tinggi di dalam pencapaian hasil jualan dan pengunjung yang ramai," katanya.
Katanya, karnival seperti ini membuktikan golongan usahawan Melayu terutamanya di Selangor memiliki permuafakatan dan kerjasama yang kukuh.

"Melaluinya, ia bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama malahan menjadi mekanisme bagi mengeratkan hubungan jaringan dan boleh dijadikan instrumen terbaik dalam mencorakkan dan membentuk satu hubungan dalam bidang perniagaan."katanya.

Karnival berkenaan itu dirasmikan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Y.B Yaakob Sapari.

Mar 2, 2009

Program Kursus Mobile Entrepreneurs


Program Kursus Mobile Entrepreneurs
Tempat : Pusat Latihan Zakat,Shah Alam, Selangor
Anjuran : Lembaga Zakat Selangor
Tarikh : 27 Feb hingga 8 Mac 2008

Gambar selanjutnya