Oct 16, 2009

Sekitar Program Kursus Pembangunan Ekonomi Belia Asnaf Siri 4


Nama Program : Program Kursus Pembangunan Ekonomi Belia Asnaf Siri 4
Tarikh : 13, 14 & 15 Oktober 2009
Tempat : PULAPES, Banting, Selangor

Alhamdulillah selesai sudah siri terakhir program Kursus Pembangunan Ekonomi Belia Asnaf bagi tahun 2009 ini yang mana menyaksikan penyertaan peserta seramai 41 orang terdiri dari pelbagai peringkat usia.

Seperti siri-siri sebelum ini, program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan kecil yang ingin membuka perniagaan mereka dan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka sedia ada. Disamping bantuan yang diberikan, peserta telah diberi seberapa banyak input mengenai asas usahawan yang mana ia dapat membantu mereka untuk memulakan perniagaan.


Oct 7, 2009

Program Kursus Pembangunan Ekonomi Belia Asnaf Siri 4

Nama Program : Program Kursus Pembangunan Ekonomi Belia Asnaf Siri 4
Tarikh : 13, 14 & 15 Oktober 2009
Tempat : PULAPES, Banting, Selangor

Kursus Pembangunan Ekonomi Belia Asnaf akan kembali lagi dengan siri 4 bertempat di PULAPES, Banting, Selangor pada 13 - 15 Oktober 2009 ini. Penyertaan masih dibuka kepada belia Asnaf yang ingin menyertai kursus ini yang bertujuan untuk mencungkil kesungguhan mereka menjadi usahawan dan memberi bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.