Dec 28, 2009

KURSUS KEUSAHAWANAN BAGI PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN SIRI 1,2 & 3 2009

KURSUS KEUSAHAWANAN BAGI PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN SIRI 1,2 & 3 2009
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA ( KPT )
MALAYSIAN ENTREPRENEURSHIP DEVELOPMENT CENTER( MEDEC )
( 15, 16 DAN 17 DISEMBER 2009 )


Program ini telah dilangsungkan serentak bagi ketiga-tiga sesi yang melibatkan peserta dikalangan pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat iaitu seramai 144 orang dan terdiri daripada pelajar dari semester 4 dan 2. Siri 1 telah dikendalikan oleh En Adnan Bin Mohd Amer yang melibatkan seramai 50 orang peserta, siri 2 pula telah dikendalikan oleh En Azhar Bin Muhammad bersama 45 orang pelajar, manakala siri 3 telah dikendalikan oleh En Nor Azhar Bin Othman dengan jumlah pelajar seramai 49 orang .

Sepertimana yang dipertanggungjawabkan, program ini telah berlangsung mengikut pengisian modul yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan MEDEC. Selain itu, pihak Grow Management & Services (GMS) sebagai konsultan yang mengendalikan program ini juga menyediakan beberapa aktiviti yang berkonsepkan keusahawanan bagi memupuk minat pelajar dalam bidang keusahawanan.

Di peringkat awal program peserta kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan dalam keusahawanan tetapi melalui modul-modul yang telah dijalankan, kami dapat melihat transformasi peserta yang lebih bersemangat untuk menceburi bidang perniagaan.Para peserta yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan telah diberi penganugerahan sebagai pelajar terbaik bagi setiap siri.

Terdapat juga diantara peserta yang hadir telah menceburi bidang perniagaan seperti perniagaan pembuatan belacan dan penternakan yang juga dijalankan oleh keluarga mereka. Ini adalah satu pencapaian yang positif dan membuktikan para Malaysia tidak pernah ketandusa tenaga muda dalam bidang keusahawanan terutama dikalangan graduan.

Pada sesi penutup program, majlis telah dirasmikan oleh wakil pihak KKKL iaitu Tn Hj Ahmad Bin Saidi selaku Pegawai Pembangunan & Penyelidikan KKKL. Didalam ucapan beliau berharap para pelajar terutama dari semester 4 yang telah tamat pengajian akan berani menceburi bidang perniagaan dan memanfaatkan apa yang dipelajari sepanjang program ini dijalankan. Beliau yang juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang peserta terbaik berharap program keusahawanan seperti ini dapat di teruskan pada masa akan datang. Berikut adalah nama peserta terbaik bagi setiap siri :

SIRI PESERTA LELAKI TERBAIK
1 Mohd Ridzuan Bin Hassan
2 Shahril Anuar Bin Sariff
3 Mohd Yasier Bin Mohd Yusof

PESERTA WANITA TERBAIK
1 Hazmizatul Nazira Bt Md Hayen
2 Saripah Bt Masdi
3 Irsalina Bt Alias Aziz

Pemilihan ini berdasarkan komitmen peserta sepanjang kursus, memenuhi kriteria sebagai usahawan dan idea –idea yang kreatif.