Feb 23, 2009

Cyber Sales 2009



Tarikh : 27 Februari – 8 Mac 2009-02-23
Tempat : Kompleks PKNS Shah Alam.
Masa : 10.00 pagi – 09.00 malam


Pameran dan Jualan Cyber dan ICT Selangor 2009 ini adalah merupakan pameran yang ke 2 dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS). Tujuan dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan yang terlibat di dalam industri Teknologi dan Komunikasi dan memperkenalkan jenama masing-masing di pasaran tempatan sebelum melebarkan sayap ke pasaran global.

Objektif

- Memberi peluang kepada usahawan-usahawan Malaysia mempromosi dan
memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka.
- Menaikkan ekonomi negara melalui bidang Teknologi dan Komunikasi.
- Meluaskan jaringan perniagaan dan interaksi di antara pengusaha dan pelanggan dalam
mengenali dunia ICT

Kategori

- Permainan Video
- Komputer dan Elektronik.
- Perkhidmatan dan Server.


Cyber Sales Form

Call Center

Program Latihan Pusat Panggilan Graduan

Tarikh : 22 FEB 2009
Tempat : Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun,
Terengganu.




Pengenalan Syarikat My-Partners Sdn Bhd

My-Partner Sdn Bhd ( MPSB ) adalah syarikat milik penuh usahawan Bumiputra yang ditubuhkan pada tahun 2002. Sejak ditubuhkan, My-Partners telah berkembang menjadi sebuah syarikat ICT disegani dengan aktiviti yang merangkumi Integrasi Sistem, Pembangunan Perisian serta Pengurusan Projek Teknologi Maklumat dan Pembekalan peralatan dan perisian computer. Dengan berkembanya saiz pasaran dan permintaan, MPSB telah membuka beberapa anak syarikat untuk menumpukan sumber-sumber untuk projek tertentu.

My-Partners Surveillance Solutions Sdn Bhd ditubuhkan untuk menguruskan projek-projek CCTV dan kini dalam usaha mengembangkan pasaran antarabangsa di samping rangkaian-rangkaian frachise di Malaysia yang sedia ada seperti Berjaya Starbucks, Gloria Jeans Coffe, Aussino ( M ) Sdn Bhd an TM O&M.

Projek-projek pembangunan perisian pula diletakkan di bawah My-Partners Technology Sdn Bhd. My-Partners Technology bergerak maju dengan produk-produk seperti MypseERP –Enterprise Resource Planning, MypseCMS—Campus Management system, MypseFMS - Fleet Management System, MypselDMS– Intergrated Database Management System, dan lain-lain lagi.

MPSB terus kukuh menerusi projek-projek integrasi Sistem yang berjaya diperolehi dari Kerajaan Malaysia dan pelanggan korporat. Antara pelanggan kami adalah Kementerian Pelajaran Malaysia , Giat MARA Sdn Bhd, Universiti Kuala Lumpur, PETRONAS dan anak-anak syarikatnya, serta banyak lagi.

Operasi MPSB juga semakin efisien dengan adanya khidmat sokongan daripada 74 orang usahawan dalam bidang IT yang telah dalam program latihan kami. MPSB berharap akan dapat terus membantu anak-anak muda tempatan dalam mendapatkan kerjaya yang lebih terjamin.

Borang My Partners