Mar 24, 2010

Jom Sarapan ! Set Sarapan serendah RM 1.00



Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Grow Management & Services akan mengadakan program Jom Sarapan sempena Program Promosi Pasar Rakyat Asnaf pada 27 Mac 2010 ini jam 7 - 11 pagi bertempat di Perkarangan Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Promosi set sarapan pagi serendah RM 1.00 disediakan kepada para pengunjung yang hadir. Antara set yang disediakan adalah Set A iaitu nasi lemak berserta air teh o atau kopi o dengan harga RM 1.oo atau Set B iaitu kuih-muih (3 biji) berserta air teh o atau kopi o juga dengan harga RM 1.00.

Kepada anda yang berada di sekitar Shah Alam, anda dijemput untuk sama-sama hadir ke program tersebut di samping dapat membantu para peniaga asnaf.