Oct 25, 2011

PROGRAM KHAS LATIHAN SISWAZAH BERPAKEJ SESI 4

Tarikh: 18 hingga 21 oktober 2011
Tempat: IPS Serdang

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Hj Md. Zuki Bin Ismail (Pengarah Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan). Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program tiga hari dua malam yang dijalankan serta para peserta dapat merapatkan jurang hubungan dengan pihak kementerian. Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.

Seramai 42 peserta yang telah mendaftar sebagai peserta terdiri daripada 17 peserta lelaki dan 25 peserta wanita. Berikut adalah pecahan pendaftaran peserta mengikut jantina.

Selama empat hari kursus ini dijalankan, program ini telah dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mewakili kumpulan usahawan dan kumpulan kedua pula ialah graduan yang memilih untuk bekerja. Seramai 11 orang graduan memilih untuk menjadi usahawan dan 31 orang graduan memilih untuk bekerjaya. Seramai 12 peserta daripada Institut Pertanian Bumbung Lima, 7 peserta daripada Institut Pertanian Serdang, 1 peserta daripada Institut Veterinar Kluang dan UiTM, 4 peserta daripada Kolej Poly-Tech Mara, 7 peserta daripada KPM Bukit Tangga dan 9 peserta daripada Universiti Putra Malaysia.

6 peserta daripada bidang akuakultur dan Teknologi Pengeluaran tanaman makanan, 7 peserta daripada Sains Pertanian, 2 daripada Landskap, 5 peserta daripada bidang Teknologi pemprosesan hasil pertanian dan ternakan, 1 peserta daripada bidang pengurusan estet, pengurusan perladangan makanan dan seni perancangan dan ukur, 4 peserta daripada bidang perniagaan IT dan 2 peserta daripada bidang ruminan dan tanaman pemasaran Makanan.

Oct 15, 2011

PROGRAM IBU TUNGGAL DI WARISAN SEMBILANG

Tarikh: 10 dan 11 oktober 2011
Tempat : Dewan Komuniti Tanjung Karang Selangor

Laporan Program Bagi Kursus Asas Kewangan dan Pemasaran ini disediakan oleh Grow Managment And Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Dewan komuniti Tanjung Karang, Selangor. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak TEKUN mengenalpasti usahawan-usahawan yang berpotensi untuk terus maju dalam bidang yang di pilih terutamanya dalam bidang pertanian, perikanan dan perusahaan IKS melalui ulasan serta rumusan yang telah disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program berlangsung.
Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada aspek teori. Ianya bertujuan untuk melatih dan membimbing peserta apabila menghadapi situasi sebenar perniagaan memandangkan usahawan ini telah mempunyai pengalaman sebenar dunia perniagaan. Pihak GMS telah menyusun modul - modul yang melibatkan aktiviti fizikal seperti pemasaran dan juga modul asas pengurusan kewangan. Ini akan menunjukkan keperibadian dan sikap sebenar peserta ketika menghadapi cabaran di dalam perniagaan. Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan susulan dan bimbingan yang bersesuaian semasa menjalankan perniagaan mereka.
Seramai 41 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada ibu tunggal yang berdaftar di sekitar Tanjung Karang ini. Peserta juga adalah dari peringkat umur antara 32 tahun sehingga 78 tahun. Secara ringkasnya, bidang perniagaan yang sedang dijalankan oleh peserta adalah berkaitan bidang peruncitan, pertanian dan perusahaan IKS.
mG � i Hyr � s erjaya. Seramai 4 peserta daripada Institut Pertanian Bumbung Lima, 31 peserta daripada Institut Pertanian Serdang, 2 peserta daripada Institut Pertanan Lipis, 17 peserta daripada Institut Veterinar Malaysia dan 11 peserta daripada Bukit Tangga.
24 peserta daripada bidang ruminan, 12 peserta daripada Teknologi pengeluaran Makanan, 4 daripada pengeluaran Estet, 8 peserta daripada bidang Landskap, 13 peserta daripada bidang tanaman, 3 peserta daripada bidang pemprosesan Makanan dan 1 peserta daripada bidang pemasaran Makanan.

Oct 13, 2011

KURSUS PEMBANGUNAN EKONOMI DAN JATIDIRI IBU TUNGGAL

Tarikh: 10 dan 11 oktober 2011
Tempat: Dewan Komuniti Tanjung Karang

Laporan Program Bagi Kursus Asas Kewangan dan Pemasaran ini disediakan oleh Grow Managment And Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Dewan komuniti Tanjung Karang, Selangor. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak TEKUN mengenalpasti usahawan-usahawan yang berpotensi untuk terus maju dalam bidang yang di pilih terutamanya dalam bidang pertanian, perikanan dan perusahaan IKS melalui ulasan serta rumusan yang telah disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program berlangsung.
Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada aspek teori. Ianya bertujuan untuk melatih dan membimbing peserta apabila menghadapi situasi sebenar perniagaan memandangkan usahawan ini telah mempunyai pengalaman sebenar dunia perniagaan. Pihak GMS telah menyusun modul - modul yang melibatkan aktiviti fizikal seperti pemasaran dan juga modul asas pengurusan kewangan. Ini akan menunjukkan keperibadian dan sikap sebenar peserta ketika menghadapi cabaran di dalam perniagaan. Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan susulan dan bimbingan yang bersesuaian semasa menjalankan perniagaan mereka.
Seramai 41 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada ibu tunggal yang berdaftar di sekitar Tanjung Karang ini. Peserta juga adalah dari peringkat umur antara 32 tahun sehingga 78 tahun. Secara ringkasnya, bidang perniagaan yang sedang dijalankan oleh peserta adalah berkaitan bidang peruncitan, pertanian dan perusahaan IKS.
Selama dua hari kursus ini dijalankan, En Amizar Abu Adam dan En Sapowan Bin Sanusi bertanggungjawab sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.

Oct 3, 2011

PROGRAM KHAS LATIHAN SISWAZAH BERPAKEJ SESI 3

Tarikh: 28 Sept hingga 1 october 2011

Tempat: Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Hj Md. Zuki Bin Ismail (Pengarah Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan). Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program tiga hari dua malam yang dijalankan serta para peserta dapat merapatkan jurang hubungan dengan pihak kementerian. Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.
Seramai 65 peserta yang telah mendaftar sebagai peserta terdiri daripada 41 peserta lelaki dan 24 peserta wanita. Berikut adalah pecahan pendaftaran peserta mengikut jantina. Peserta berumur lingkungan 20 tahun sehingga 26 tahun. Secara ringkasnya, program ini berjalan seperti yang dirancang.
Selama empat hari kursus ini dijalankan, program ini telah dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mewakili kumpulan usahawan dan kumpulan kedua pula ialah graduan yang memilih untuk bekerja. Seramai 18 orang graduan memilih untuk menjadi usahawan dan 47 orang graduan memilih untuk bekerjaya. Seramai 4 peserta daripada Institut Pertanian Bumbung Lima, 31 peserta daripada Institut Pertanian Serdang, 2 peserta daripada Institut Pertanan Lipis, 17 peserta daripada Institut Veterinar Malaysia dan 11 peserta daripada Bukit Tangga.