Sep 20, 2011

KARNIVAL KERJAYA SEKTOR PERTANIAN

Tarikh: 17 dan 18 september 2011
Tempat : PWTC
Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian & Asas Tani) dan YB Senator Dato’ Maznah bt. Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia). Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik perjalanan sepanjang Karnival ini dijalankan.

Sebanyak 60 booth telah disediakan di hari Karnival tersebut dan lebih 8000 peluang pekerjaan dalam sektor di bidang industri tanaman, ternakan, perikanan tangkapan, akuakultur dan pemprosesan makanan di twarkan menerusi Karnival ini.

Karnival ini merupakan program pertama yang julung kali dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan kerjasama daripada Kementerian Sumber Manusia.

Karnival ini turut menyediakan pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama Job Malaysia seperti temuduga terbuka (walk-in-interview), pendaftaran online pekerjaan (Jobs Matching), Klinik Kerjaya seperti kaedah membuat resume dan tips menghadiri temuduga.

Aktiviti lain yang diadakan adalah pameran kerjaya oleh Jabatan/Agensi MOA, dan juga syarikat-syarikat komersial pertanian swasta, cerita kejayaan (career-talks success stories) oleh bekas graduan yang telah berjaya dan jualan produk berjenama 1 Malaysia Best oleh FAMA.