Jan 10, 2012

PROGRAM MOA BERSAMA RAKYAT DI BT. CANGGANG DENGKIL

Tarikh: 7 Jan 2012
Tempat: Bt. Canggang Dengkil

Laporan bagi Seminar Keusahawanan Sempena Program MOA Bersama Rakyat ini disediakan oleh Firash Asia Sdn Bhd bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetahui perjalanan program yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Bt. Canggang Dengkil,Selangor.

Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program tiga hari dua malam yang dijalankan serta para peserta dapat merapatkan jurang hubungan dengan pihak kementerian. Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.