Nov 15, 2013

Kursus Ibu Tunggal Tanjung Karang

Tarikh: 10 dan 11 oktober 2011
Tempat: Dewan komuniti tanjung karang selangor

Laporan Program Bagi Kursus Asas Kewangan dan Pemasaran ini disediakan oleh Grow Managment And Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Dewan komuniti Tanjung Karang, Selangor. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak TEKUN mengenalpasti usahawan-usahawan yang berpotensi untuk terus maju dalam bidang yang di pilih terutamanya dalam bidang pertanian, perikanan dan perusahaan IKS melalui ulasan serta rumusan yang telah disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program berlangsung.
Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada aspek teori. Ianya bertujuan untuk melatih dan membimbing peserta apabila menghadapi situasi sebenar perniagaan memandangkan usahawan ini telah mempunyai pengalaman sebenar dunia perniagaan. Pihak GMS telah menyusun modul - modul yang melibatkan aktiviti fizikal seperti pemasaran dan juga modul asas pengurusan kewangan. Ini akan menunjukkan keperibadian dan sikap sebenar peserta ketika menghadapi cabaran di dalam perniagaan. Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan susulan dan bimbingan yang bersesuaian semasa menjalankan perniagaan mereka.
Seramai 41 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada ibu tunggal yang berdaftar di sekitar Tanjung Karang ini. Peserta juga adalah dari peringkat umur antara 32 tahun sehingga 78 tahun. Secara ringkasnya, bidang perniagaan yang sedang dijalankan oleh peserta adalah berkaitan bidang peruncitan, pertanian dan perusahaan IKS.