Apr 28, 2010

Laporan Program Jom Mewarna

PROGRAM MEMPROMOSI DAN MENAIKTARAF PASAR RAKYAT ASNAF
”JOM MEWARNA”

TARIKH : 24hb APRIL 2010 (Sabtu)
MASA : 7:00 pagi – 11.00 pagi
TEMPAT : Perkarangan Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam

Pihak LZS telah menganjurkan Program Mempromosi Dan Menaiktaraf Pasar Rakyat Asnaf yang dikendalikan oleh Grow Management & Services sebagai perunding dan pengendali keseluruhan pengurusan pasar ini. Program ”JOM MEWARNA” adalah aktiviti atau program bulanan yang diadakan dengan pelbagai pengisian lain yang bermanfaat antaranya jualan dan lelongan amal dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pusat jagaan kanak-kanak istimewa SAYANG yang bertempat di Seksyen 7 Shah Alam. Kanak-kanak turut dihiburkan dengan persembahan badut manakala ibu bapa pula dijemput bagi menyertai indoor game yang dikendali oleh pihak perunding sebagai pengendali program.

Objektif Program :

  • Meningkatkan jumlah pengunjung Pasar Rakyat Asnaf.
  • Memperkenal dan Mempromosi Pasar Rakyat Asnaf kepada penduduk sekitar Shah Alam khususnya.
  • Meningkatkan jualan para usahawan Asnaf
  • Program berunsurkan pendidikan luar darjah yang secara tidak langsung meningkatkan kaedah komunikasi antara golongan asnaf dan orang ramai
Penyertaan dibuka kepada sekolah-sekolah dan tadika di sekitar Shah Alam. 76 penyertaan pada hari program daripada 100 orang pelajar yang menghantar nama.

Majlis dirasmikan oleh tetamu jemputan Encik Fauzi Bin Masdan selaku Ketua Jabatan Pusat Pembangunan Usahawan Lembaga Zakat Selangor. Selain itu, turut hadir ialah Encik Amizar Bin Abu Adam sebagai Pengarah Urusan merangkap Pengarah Projek Grow Management & Services dan Encik Adnan Bin Mohd Amer selaku konsultan dari Grow Management & Services. Dalam ucapan perasmian, En Fauzi Masdan berharap masyarakat dapat sama-sama membantu membangunkan golongan asnaf ini dengan menyokong program pasar rakyat asnaf.Menurut laporan tahun 2009, pendapatan usahawan asnaf melalui program pasar rakyat ini hampir mencecah sehingga 500-600 ribu. Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan beliau berharap serta mengalu-alukan sokongan masyarakat setempat melalui program-program yang bakal dijalankan bagi membangunkan pasar rakyat asnaf ini.

Penyampaian saguhati dan sijil penyertaan kepada setiap peserta serta hadiah pemenang disampaikan oleh En. Fauzi Masdan.

Pemenang Peringkat Pra-sekolah (5-6 tahun):

Pertama : Nur Eryana Ezryn Bt Mohd Anuar
Kedua : Aliza Sofea Bt Noor Isaruddin
Ketiga : Nor Fitri Adilah Syukri

Pemenang Peringkat Tahap 1 (7-9 tahun):

Pertama : Nur Aleya Bt Muhd Razi
Kedua : Nur Dalilah Anishah Bt Mohd Shah
Ketiga : Syazliyana Aliyah Bt Suhaimi

















Apr 21, 2010

Program Promosi Pasar Rakyat Asnaf - Jom Mewarna



Program promosi Pasar Rakyat Asnaf diteruskan lagi pada minggu ini dengan program "Jom Mewarna" yang akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 24 April 2010 bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi.

Program anjuran Lembaga Zakat Selangor da Grow Management & Services ini terbuka kepada kanak-kanak yang berusia 5 hingga 9 tahun. Selain dari itu terdapat juga aktiviti menarik pada program tersebut antaranya "Treasure Hunt", Jualan dan Lelongan Amal oleh PPIM dan persembahan Badut jemputan. Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang pertandingan mewarna tersebut. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk membawa anak anda sama-sama memeriahkan program kali ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di talian 03-5541 8787 atau berhubung secara terus kepada pegawai kami, Cik Hamizatul di talian 019-375 2994. Jumpa anda di sana.