Aug 16, 2011

MEMBEKAL , MEMASANG PERALATAN DAN SEWAAN SISTEM SIARAYA (23 & 24 JULAI 2011)

Tarikh: 23 & 24 JULAI 2011
Tempat: Bandar Tasik Puteri, Rawang
Anjuran: Institut Perkembangan Minda (INMIND)

Laporan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Institut Perkembangan Minda (INMIND) mengetahui perjalanan membekal, memasang peralatan dan sewaan sistem siaraya selama dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak INMIND untuk memastikan segala peralatan yang dikehendaki oleh pihak Inmind.

Program ini melibatkan seramai 35 orang tenaga kerja bagi kerja-kerja seperti memasang khemah, pentas, sistem siaraya dan menyusun kerusi. Kerja-kerja yang dilakukan pada pagi sabtu (23 Julai 2011) bermula dengan kerja pemasangan khemah dan penyusunan kerusi sebanyak 2000 buah. Pihak kami menyediakan 13 buah khemah 20 x 20. Selain itu, pihak kami juga menggunakan Silent generatorbagi tujuan membekalkan tenaga eletrik. Ini kerana lokasi power suply yang disediakan oleh pihak penganjur terlalu jauh. Pihak GMS juga telah membekalkan sistem siaraya dan pengcahayaan bagi mewarnai program agar ianya menjadi seperti persembahan yang menarik.

Diantara program yang diberikan tema ” Malam Aspirasi 1 Malaysia” itu beberapa program telah dijalankan diantaranya ialah:-
  1. Persembahan Ghazal oleh Komuditi Kuang
  2. Persembahan Live Band oleh Kelab Belia Kuang
  3. Persembahan artis:- a) Dahlan Zainudin b) Effa Rezan c) Rabbani d) Along & Angah (Raja Lawak) e) Wani AF
  4. Perasmian oleh Y.B Datuk Seri Hj. Noh Bin Omar
  5. Persembahan dari GEMA
  6. Persembahan jemputan kebudayaan daripada kompang (Melayu), Tarian Naga (Cina), Pukulan Gendang India (India) semasa ketibaan jemputan










OLEH: WAHEJA

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN LEPASAN PLKPK 2008-2010

Kajian Pengesanan Graduan Lepasan PLKPK telah dilaksanakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul disamping melahirkan beberapa cadangan dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan bagi memastikan keberkesanan pendidikan dalam bidang yang ditawarkan di KPM.

Kajian ini dijalankan ke atas graduan lepasan PLKPK daripada pengambilan pelajar tahun 2008 hingga pengambilan ke tahun 2010 mengikut data yang diperolehi daripada pihak NATC. Data yang diperolehi ialah senarai nama 600 orang graduan berserta alamat dan nombor telefon serta merangkumi kesemua bidang teras PLKPK iaitu bidang Ruminan, Akualkultur, Tanaman, Pemprosesan Makanan, Pengedaran Makanan dan Teknologi Perikanan Tangkapan. Para graduan ini telah menjalani latihan di pusat-pusat latihan daripada Pusat Latihan Perikanan Pulau Sayak, Institut Pertanian Kuala Lipis, Institut Pertanian Sungai Petani Kedah, Institut Haiwan Kluang, Institut Perikanan Chendering dan Pusat Penyelidikan MARDI Serdang.

Data yang diperolehi daripada pihak NATC terdiri daripada 600 orang graduan lepasan KPM daripada pengambilan tahun 2008 hingga pengambilan tahun 2010. Seramai 600 orang responden yang cuba dihubungi dan responden yang berjaya dihubungi dan ditemubual ialah seramai 345 orang graduan.

Pelbagai cadangan dan rumusan telah dibuat dan pihak GMS berharap, pihak NATC akan membuat penambahbaikkan bagi memantapkan lagi PLKPK.
OLEH: WAHEJA

KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN 30-31 JULAI

Tarikh: 30 - 31 Julai 2011
Tempat : Pusat Latihan Zakat Shah Alam
Anjuran: Lembaga Zakat Selangor

Kursus selama dua hari satu malam telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Latihan Zakat, Shah Alam. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Seramai 26 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 17 peserta lelaki dan 11peserta wanita.Peserta juga adalah dari peringkat umur 26 sehingga 65 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam pengangkutan.

Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Sapowan Bin Sanusi dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.





OLEH: WAHEJA

PROGRAM KURSUS KHAS LATIHAN SISWAZAH BERPAKEJ SESI 2

TARIKH: 29 - 31 JULAI 2011
TEMPAT: TERMINAL AGRIBISNES NEGARA (TEMAN)
ANJURAN: MAJLIS LATIHAN PERTANIAN KEBANGSAAN (NATC)

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Hj Md. Zuki Bin Ismail (Pengarah Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan). Program tiga hari dua malam yang dijalankan dapat merapatkan jurang hubungandengan pihak kementerian. Seramai 77 peserta yang telah mendaftar sebagai peserta terdiri daripada 52 lelaki dan 25peserta wanita.

Selama tiga hari kursus ini dijalankan, program ini telah dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mewakili kumpulan usahawan dan kumpulan kedua pula ialah graduan yang memilih untuk bekerja. Seramai 29 orang graduan memilih untuk menjadi usahawan dan 49 orang graduan memilih untuk bekerjaya.

Sebagai kesimpulannya, kursus ini dapat memberi pendedahan kepada peserta agar menjadi panduan dalam membentuk lepasan graduan yang mempunyai jati diri yang tinggi dan berkualiti tinggi. Pengisian aktiviti yang dijalankan ini dapat meningkatkan lagi kemahiran yang lebih efektif disamping menimba pengalaman dalam keusahawanan dan bekerjaya. Kursus ini juga menghuraikan secara jelas mengenai tugas dan tanggungjawab seorang usahawan dan bekerjaya.

Pihak juruperunding daripada GMS memanjatkan kesyukuran kerana program ini telah berjalan dengan baik tanpa sebarang kesulitan yang berat. Keseluruhannya, peserta bagi kursus kali ini mempunyai potensi untuk bergelar usahawan dan bekerjaya berdasarkan semangat dan persediaan mereka yang dapat dikenalpasti melalui pemerhatian dan kajiselidik oleh urusetia. Sikap bekerjasama, suka bertanya dan kemampuan memberikan idea yang kreatif adalah sikap positif yang paling menyerlah dikalangan peserta kursus kali ini.








OLEH: WAHEJA