Jul 31, 2012

KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN LZS


Laporan Kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Latihan Asnaf Zakat (Pulaz) Wisma Mais Seksyen 3, Shah Alam. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian. Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai 42 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 21 orang peserta lelaki dan 21 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 22 sehingga 68 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam pengangkutan dan pertanian.

Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En. Amizar Bin Abu Adam dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan di dalam modul yang telah dirangka.
















Jul 12, 2012

SELAMAT HARI LAHIR BOS "AMIZAR ABU ADAM"

07/07/2012 - Shah Alam, Pihak Interlink Impact Holding Sdn. Bhd bersama staff telah meraikan hari lahir BOS kami iaitu EN. AMIZAR ABU ADAM pada 07 07 2012, pihak kakitangan Interlink berdoa agar En. Amizar (Bos kami) panjang umur, dilindungi oleh Allah s.w.t dari kecelakaan, kemalangan, kesusahan dan kemurungan agar syarikat dapat bertambah jualan agar kami dapat bonus yang lebih pada tahun 2012 ini.









Staff Interlink juga telah menghadiahkan sebatang pen (PARKER) kepada BOS dan kelihatan En. Amizar terharu dengan pemberian cenderahati tersebut dan majlis yang tidak diduga oleh beliau kerana majlis tersebut dirancang oleh staff syarikat bersama isteri En. Amizar.....maaf bos tak inform awal-awal......SELAMAT HARI LAHIR BOOOOOOSSSSSSS

PENGANJURAN KEJOHANAN PAINTBALL TERTUTUP GEN-Y SHAH ALAM 2012 DAN MALAYSIA WOODSBALL OPEN SIRI 3

GROW MANAGEMENT TEAMS BERSAMA INMIND DIDALAM KEJOHANAN MALAYSIA WOODSBALL (PAINTBALL) OPEN SIRI KE 3

8 July 2012 - Inmind dengan kerjasama Paintball Valley dan Grow Management Team telah menganjurkan Kejohanan "Malaysia Woodsball Open III" dan Kejohanan Paintball Tertutup Generasi Y Shah Alam yang turut dihadiri oleh Y.T.M. Tengku Amir (Raja Muda Selangor) yang berkenan memberikan hadiah kepada pemenang-pemenang serta Y.T.M Raja Muda juga turut serta berkenan untuk menghantar kumpulan yang diberi gelaran "Black Night" yang mendapat tempat kedua didalam Kejohanan Terbuka Malaysia kali ke tiga ini.






Pihak Inmind diwakili oleh Y.Brs Tuan Haji Yusof bin Din, Pengurus Besar Inmid dan Grow Management diwakili oleh En. Amizar Abu Adam dan En. Azman bin Mat Isa serta seluruh ahli jawatnkuasa dan petugas yang menhadiri salam TAHNIAH dan SYABAS hingga jumpa lagi tahun 2013