Oct 8, 2012

CONTOH KERTAS CADANGAN PERNIAGAAN

Kepada para usahawan yang baru anda boleh mencuba menggunakan contoh rancangan perniagaan yang diberikan melalui laman sesawang kami ini ataupun menghubungi pihak kami ditalian 03-55418787 atau 019-2267773

Oct 1, 2012

PROGRAM INSPIRASI PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI VETERAN TIDAK BERPENCEN


Program Inspirasi Pembangunan Sosio Ekonomi Veteran Tidak Berpencen ini disediakan oleh Interlink Impact Holding Sdn. Bhd. bertujuan untuk membantu pihak Perhebat mengetahui perjalanan kursus selama sehari yang telah dijalankan dengan jayanya di Holiday Villa, Alor Setar, Kedah. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak Perhebat untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak IIHSB berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak Perhebat mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak Perhebat pada masa akan datang.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak IIHSB pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.