Kursus
Kewangan & Pemasaran Perniagaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS)
bertujuan untuk membantu pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
mengetahui perjalanan kursus selama tiga hari yang telah dijalankan dengan
jayanya diBangunan PERKIM, Kuala Lumpurpada 14, 15dan 16Mei 2013. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan
bagi membantu para peserta untuklebih bersedia menempuh dan meneruskan aktiviti
perniagaan mereka dengan dibantu oleh modul-modul yang disediakan oleh pihak
GMS selain memantapkan lagi ilmu keusahawanan, pemasaran dan kewangan para
peserta. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa
bagi memudahkan pihak MAIWP mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati
peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah
pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program
berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan
oleh pihak MAIWP pada masa akan datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada
modul-modul dan ujian.Melalui modul-modul
yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang
tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka dapat
mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Seramai
36 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 5 orang
peserta lelaki dan 21 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 22
sehingga 50 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya
segelintir yang terlibat dalam pengangkutan, perikanan dan pertanian.
Selama tiga hari kursus ini dijalankan, En Amizar Bin
Abu Adam dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.
Pihak GMS secara tulusnya memberi sokongan kepada 36
orang peserta kali ini yang telah pun mendapat bantuan dari pihak MAIWP dan
pihak kami berharap peserta-peserta ini mampu memanfaatkan bantuan modal dari
pihak MAIWP dengan sebaiknya.