Kursus
Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Laporan Management & Services (GMS) bertujuan
untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus
selama dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya diLembah Azween
Resort, Hulu Langat. Selain itu
laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal
usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan
serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta
sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual
serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap
kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta
markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang
program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program
keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada
modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang
memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya
akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan
atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai
47 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 31 orang
peserta lelaki dan 16peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 16
sehingga 75 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya
segelintir yang terlibat dalam jahitan dan menjual pakaian.
Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu
oleh Cik Noor Aisyah Binti Idris
serta penceramah yang lain bertanggungjawab
sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan
didalam modul yang telah dirangka.
Pihak GMS secara tulusnya memberi sokongan kepada 47
orang peserta kali ini untuk mendapat pertimbangan dari pihak LZS bagi
pemberian modal memulakan perniagaan. Ianya berdasarkan keyakinan pihak kami
bahawa peserta-peserta ini mampu memanfaatkan bantuan modal dari pihak LZS
dengan sebaiknya melalui pemantauan oleh pegawai kami. Pihak GMS mencadangkan agar
jumlah bantuan yang bakal diberikan oleh LZS adalah wajar dan berpadanan dengan
perniagaan peserta. Menurut pihak GMS sebagai pihak perunding, jumlah bantuan
dicadangkan adalah tidak melebihi RM15,000 walaupun terdapat peserta yang
memohon dalam jumlah yang lebih tinggi.