JAWATAN KOSONG:
1. ACCOUNT EXECUTIVE
- diploma or degree in accountancy
2. BUSINESS CONSULTANT
- diploma or degree
3. BUSINESS ADMINISTRATION
- diploma or degree
4. SALES AND MARKETING EXECUTIVE
- diploma or degree
GROW MANAGEMENT AND SERVICES
NO TEL : 03 - 55418787
NO FAX : 03 - 55428788
Dec 16, 2008
Nov 10, 2008
Sep 20, 2008
Sep 18, 2008
Sep 15, 2008
Tentatif Program Nasyid
Bazar Ramadan@Pasar Rakyat Asnaf
Wisma MAIS,Seksyen 3, Shah Alam,
3.00 petang - 8.00 malam
1 - 30 Ramadan
7 Sept.2008 Persembahan Nasyid dari Waheeda dan kahar
13 Sept.2008 Saujana
14 Sept.2008 Brothers
20 Sept.2008 Now See heart
21 Sept.2008 Far East
27 Sept.2008 Devotes
28.Sept.2008 UNIC
6.13.21 & 27 Sept.2008 Kumpulan Zulfakar
Gambar
Wisma MAIS,Seksyen 3, Shah Alam,
3.00 petang - 8.00 malam
1 - 30 Ramadan
7 Sept.2008 Persembahan Nasyid dari Waheeda dan kahar
13 Sept.2008 Saujana
14 Sept.2008 Brothers
20 Sept.2008 Now See heart
21 Sept.2008 Far East
27 Sept.2008 Devotes
28.Sept.2008 UNIC
6.13.21 & 27 Sept.2008 Kumpulan Zulfakar
Gambar
Sep 8, 2008
Sep 4, 2008
Aug 27, 2008
Aug 11, 2008
PPUB
Program Perintis Pembangunan Usahawan Baru 8 - 10 2008
Pusat Latihan Asnaf Zakat Selangor,Seksyen 3,Shah Alam.
Klik untuk melihat gambar seterusnya..
Jul 21, 2008
Bazaar Ramadhan 2008
Pendaftaran dibuka sekarang
Tempat : Wisma MAIS,Seksyen 3,Shah Alam
sila dapatkan borang permohonan di :
1.Grow Management & Services
no 89-2 2nd,Jalan Pelabur B 23/B
Seksyen 23,40300,Shah Alam,Selangor.
Tel 035541 8785 /5541 8786/ 5541 8787
Fax 03 55428788
2.Lembaga Zakat Selangor
Aras 3,Kompleks MAIS,
Persimpangan Jalan Meru /Kapar
41050 Klang,Selangor DE
Tel 03 3345 3838
Fax 03 3343 5908
Sila sahkan pendaftaran pemohon sebelum
20 /8/2/2008
Undian lot dijalankan pada 20 /8/2008 di Wisma MAIS,Seksyen 3,Shah Alam.Selangor.
Tempat : Wisma MAIS,Seksyen 3,Shah Alam
sila dapatkan borang permohonan di :
1.Grow Management & Services
no 89-2 2nd,Jalan Pelabur B 23/B
Seksyen 23,40300,Shah Alam,Selangor.
Tel 035541 8785 /5541 8786/ 5541 8787
Fax 03 55428788
2.Lembaga Zakat Selangor
Aras 3,Kompleks MAIS,
Persimpangan Jalan Meru /Kapar
41050 Klang,Selangor DE
Tel 03 3345 3838
Fax 03 3343 5908
Sila sahkan pendaftaran pemohon sebelum
20 /8/2/2008
Undian lot dijalankan pada 20 /8/2008 di Wisma MAIS,Seksyen 3,Shah Alam.Selangor.
Jul 14, 2008
Jualan lelong 12/7/2008
Jul 2, 2008
Kursus PPUB di Lembah Azwin Resort
Kursus Program Perintis Usahawan Baru
Tempat :Lembah Azwin Resort
Tarikh :27 hingga 29 /6/2008
Klik gambar seterusnya..
Tempat :Lembah Azwin Resort
Tarikh :27 hingga 29 /6/2008
Klik gambar seterusnya..
Jun 12, 2008
Program Modal Insan & PPUB
Tajuk :Program Kursus Modal Insan & Perintis Pembangunan Usahawan Baru
Tempat :kuala lumpur International Hotel
Tarikh :9 hingga 13/6/2008
Masa : 8.30 hingga 5 petang
Klik Gambar kursus
May 27, 2008
Hotel Concorde.Shah Alam
Majlis Perhimpunan Warga Usahawan Peringkat Negeri Selangor.
Tempat : Grand Ballroom
Tarikh : 17 Mei 2008,Sabtu
Masa : 9.00 pagi 1.00 petang
Tetamu Kehormat
YB Dato' Noh Bin Hj Omar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD)
Tempat : Grand Ballroom
Tarikh : 17 Mei 2008,Sabtu
Masa : 9.00 pagi 1.00 petang
Tetamu Kehormat
YB Dato' Noh Bin Hj Omar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD)
Apr 28, 2008
Pertandingan Mewarna Pra Sekolah & Sekolah Rendah Tahap 1
Klik disini untuk melihat gambar lagi.
PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH & SEKOLAH RENDAH TAHAP 1
TEMPAT : WISMA MAIS ,SEKSYEN 3,SHAH ALAM.
MASA : 9.30 PAGI – 12 TGHARI
TARIKH : 26 APRIL 2008
ANJURAN : Lembaga Zakat Selangor dan Grow Management & Services
DIRASMIKAN OLEH : En Abdul Samad Ibrahim
Ketua Jabatan Pembangunan Asnaf ,Lembaga Zakat Selangor.
Pertandingan Mewarna Prasekolah dan Sekolah Rendah Tahap 1 ini merupakan program yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor bersama Grow Management & Services sempena program Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sale yang diadakan di perkarangan Wisma MAIS ini. Program ini diadakan bagi melaksanakan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada para peniaga dan juga pengunjung Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sales.
Antara objektif program ini ialah membantu meningkatkan taraf hidup peniaga Pasar Rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan asnaf dengan gabungan peniaga-peniaga luar. Selain itu, acara ini adalah salah satu promosi bagi menarik pelanggan untuk ke Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sale yang diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 7-12 tengahari.
Pasar Rakyat Asnaf ini menawarkan pelbagai barangan basah, kering dan makanan manakala Booth Sale pula menawarkan barangan seperti pakaian, aksesori lelaki, wanita dan lain-lain barangan kering. Untuk makluman para hadirin sekalian, Pasar Rakyat Asnaf ini telahpun beroperasi selama lebih kurang setahun dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung.
Hadirin hadirat sekalian,
Pertandingan mewarna pada hari ini menawarkan hadiah yang menarik kepada para pemenang selain cenderahati yang diberikan kepada setiap peserta berupa set kelengkapan mewarna dan majalah tajaan Karangkraf Sdn Bhd. Juri-juri pertandingan pula adalah juri dari Lembaga Zakat Selangor yang dijemput khas. Dengan adanya aktiviti seperti ini pada setiap minggu, dapat menaikkan lagi nama Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sales seterusnya menaikkan nama Wisma MAIS ini.
Apr 24, 2008
Pertandingan Mewarna Peringkat Kanak-kanak
Pertandingan Mewarna Peringkat kanak-kanak Pra Sekolah dan /Sekolah
Tarikh : 26 April 2008
Tempat : PASAR RAKYAT ASNAF,WISMA MAIS SEKSYEN 3.SHAH ALAM
Masa : 9.00 Pagi - 11.30 petang.
PERASMIAN OLEH :Y.A.D DATO' SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD
Pendaftaran Percuma.
Sarapan pagi disediakan : Peserta dan ibubapa sahaja.
Apr 16, 2008
TPM BIOTECH SDN BHD 16.4.2008
Pembangunan Usahawan Asnaf 16.4.2008
Apr 10, 2008
Semua Kursus Anjuran LZS dibekukan
Pengumuman :
Semua Kursus Anjuran Lembaga Zakat Selangor telah dibekukan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan tidak lama lagi.
Terima Kasih
Semua Kursus Anjuran Lembaga Zakat Selangor telah dibekukan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan tidak lama lagi.
Terima Kasih
Apr 4, 2008
Car Boots Sales
Car Boots Sales
1)Tempat : Wisma MAIS SEKSYEN 3,Shah Alam.
2)Pendaftaran Baru: RM 50.00 ( Percuma sebulan )
3)Khemah : Saiz 8 x 8 ( disediakan )
4)Masa : Setiap Hari Sabtu 7.30 AM hingga 1.00 PM
5)Bayaran bulanan : RM 60.00
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
Rafidah Ramly :03 5541 8786
Saiful Adli :03 5541 8787
1)Tempat : Wisma MAIS SEKSYEN 3,Shah Alam.
2)Pendaftaran Baru: RM 50.00 ( Percuma sebulan )
3)Khemah : Saiz 8 x 8 ( disediakan )
4)Masa : Setiap Hari Sabtu 7.30 AM hingga 1.00 PM
5)Bayaran bulanan : RM 60.00
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
Rafidah Ramly :03 5541 8786
Saiful Adli :03 5541 8787
Mar 31, 2008
Mar 27, 2008
KURSUS PPUB 28 - 30 Mac 2008
Tarikh : Kursus Program Perintis Usahawan Baru
Tempat : Pusat Latihan BSN
no 3286,Jalan institusi
43000 Kajang,
Tel : 03 89262087
Tempat : Pusat Latihan BSN
no 3286,Jalan institusi
43000 Kajang,
Tel : 03 89262087
Mar 24, 2008
Mar 19, 2008
Kursus Asas Perakaunan 21 - 23 Mac
Tempat : Komplek Tabung Haji
Jalan ss6 /Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Jalan ss6 /Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Mar 11, 2008
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 4 Mac 2008
Feb 25, 2008
Motivasi usahawan Oleh Dr Wan Sabri Wan Husin
Program Perintis Usahawan Baru telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Pusat Latihan Zakat Selangor,Shah Alam semua peserta telah mengikuti dengan penuh komitmen dan bersemangat.
Feb 21, 2008
PPUB 22-24 Feb 2008
PROGRAM PERINTIS PEMBANGUNAN USAHAWAN BARU
PUSAT LATIHAN ASNAF ZAKAT,Syeksen 3,Shah Alam.
22 Feb - 24 Feb 2008
PUSAT LATIHAN ASNAF ZAKAT,Syeksen 3,Shah Alam.
22 Feb - 24 Feb 2008
Feb 18, 2008
Feb 11, 2008
Feb 5, 2008
Kursus Asas Perakauanan
Kursus Asas Perakaunan
Tarikh : 15-17 Februari 2008 ( 3 Hari 2 Malam )
Tempat : Bakaugruv kampung Resort Morib
Masa : 3.00 Ptg ( 15/02/2008 - Pendaftaran )
Anjuran : Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Pengendali :Grow Management and Services
keperluan
1.Pakaian untuk ibadah ( Lengkap )
2.Pakaian Untuk bersukan ( Lengkap )
3.Pakaian berkursus ( Menutup Aurat )
4.Kasut Sukan dan Kasut hadir kursus.
5.Keperluan kebersihan diri untuk 3 hari.
Tarikh : 15-17 Februari 2008 ( 3 Hari 2 Malam )
Tempat : Bakaugruv kampung Resort Morib
Masa : 3.00 Ptg ( 15/02/2008 - Pendaftaran )
Anjuran : Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Pengendali :Grow Management and Services
keperluan
1.Pakaian untuk ibadah ( Lengkap )
2.Pakaian Untuk bersukan ( Lengkap )
3.Pakaian berkursus ( Menutup Aurat )
4.Kasut Sukan dan Kasut hadir kursus.
5.Keperluan kebersihan diri untuk 3 hari.
Jan 21, 2008
suas
Jan 16, 2008
Azam tahun Baru
Bijak merencana azam tahun baru
KETIBAAN Awal Muharam semestinya menjadi titik permulaan kepada umat Islam untuk memperbaiki setiap kelemahan dan menjadi umat yang terbaik.
SEBAGAIMANA yang telah ditakdirkan, sambutan Tahun Baru 2008 hanya berbeza beberapa hari sahaja dengan sambutan Maal Hijrah 1429 Hijrah. Bagi mereka yang bersungguh-sungguh menyambut tahun baru, melangkah masuk ke tahun baru membawa banyak erti kerana ia ibarat buku catatan baru hidup seseorang yang akan menjalani hidup untuk tahun seterusnya.
Tahun Baru boleh menjadi pendorong yang cukup kuat untuk memungkinkan seseorang berusaha dengan lebih gigih dan yakin untuk mencapai apa yang dirancang sepanjang tahun tersebut.
Berjaya atau tidak perancangan itu bergantunglah kepada kesungguhan yang ditunjukkan berdasarkan kepada ilmu yang dimiliki dan difahami serta pengalaman yang telah dilaluinya.
Maal Hijrah yang saban tahun disambut oleh umat Islam seluruh dunia mempunyai dorongan yang berbeza kerana ia mengambil semangat atau roh penghijrahan Baginda Rasulullah s.a.w. dari bumi yang penuh dengan kekufuran dan kemungkaran kepada satu kehidupan yang dinaungi oleh roh keimanan dan keredaan Allah s.w.t.
Maka sambutan tahun baru berdasarkan kepada penghijrahan insan yang mulia ini, membawa makna jauh lebih besar kerana ia berupaya mengubah hidup seseorang.
Ia juga berupaya mengubah dunia dan membentuk satu tamadun yang jauh lebih hebat daripada mana-mana tamadun yang pernah dibentuk sebelum itu.
Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukanlah berlaku secara tidak sengaja. Segala-galanya telah dirancang dan disusun dengan rapi Allah s.w.t. agar kita sebagai umat yang kemudian dapat mempelajari sesuatu daripada peristiwa yang hebat ini.
Memang boleh sekiranya Allah menghijrahkan Rasul-Nya dari Mekah ke Madinah dengan mukjizat sepenuhnya. Bahkan penghijrahan Baginda Rasulullah s.a.w. boleh dilakukan dengan cepat dan tanpa perlu bersusah payah, dan Rasulullah pun boleh sampai ke bumi Madinah dengan selesa dan selamat. Tetapi yang jelas Allah tidak menghendaki sedemikian. Hijrah telah ditakdirkan berlaku dalam bentuk peristiwa yang menggabungkan unsur perlindungan Ilahi dan juga ikhtiar manusia.
Demikianlah kenyataannya, sepanjang perjalanan hijrah dari mula hingga akhir, ia penuh dengan peristiwa-peristiwa yang cemas dan mendebarkan. Memang Rasulullah mendapat perlindungan Allah , tetapi Baginda juga terpaksa menempuhi perjalanan yang serba pahit. Bukannya mudah untuk melepasi jaring-jaring maut kaum Quraisy yang berhabis-habisan memburu untuk menghapuskan Baginda. Begitu rapi perancangan kaum Quraisy, namun perancangan hijrah Rasulullah yang diilhamkan oleh Allah jauh lebih rapi dan tersusun.
Sejak bermulanya penghijrahan dari Mekah ke Madinah, Rasulullah s.a.w. memang sudah yakin bahawa Allah akan melindunginya. Namun, demikian Baginda tidak pernah berasa terkecuali daripada kewajipan berikhtiar merencanakan perancangan hijrah dengan sebaik-baiknya. Antara perencanaan penting yang telah diperlihatkan oleh Baginda dalam menjayakan rencana penghijrahan ini termasuklah:
Pertama, perancangan yang rapi dan teliti. Baginda tidak tidur di biliknya pada malam itu. Sebaliknya diperintahkan Ali Abi Talib mengambil tempatnya tidur di kamar Baginda untuk mengelirukan musuh yang menyangka Baginda masih berada di biliknya.
Begitu juga Baginda tidak terus berangkat ke Madinah yang berada di sebelah utara selepas keluar dari Mekah, tetapi sebaliknya Baginda menghala ke selatan dan berhenti di Gua Thur selama tiga hari. Selepas tempoh tersebut barulah Baginda meneruskan perjalanannya ke Madinah, iaitu ketika gerakan pihak Quraisy sudah mulai mengendur.
Kedua, sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan pergerakan pihak musuh menerusi Abdullah Abu Bakar yang telah ditugaskan untuk mengumpul maklumat di Mekah pada waktu siang dan pada malamnya melaporkan kepada Baginda di Gua Thur. Memang maklumat terkini adalah merupakan suatu yang amat bernilai sehingga kadang-kadang maklumat-maklumat penting sanggup dijual beli dengan harga yang sangat mahal. Hari ini kita dapat menyaksikan semakin canggihnya perancangan perisikan yang tujuannya tidak lain hanya untuk mendapatkan maklumat.
Ketiga, kerahsiaan adalah satu perancangan Baginda yang sangat berkesan. Lihat saja bagaimana tidak seorang pun yang tahu termasuk teman karibnya seperti Abu Bakar r.a. hinggalah ke saat perlaksanaannya. Menjaga kerahsiaan dalam hal-hal penting dan bahaya seperti itu memang merupakan suatu keperluan yang dirancang rapi. Kebocoran maklumat-maklumat penting hingga diketahui oleh pihak musuh akan mengakibatkan musnahnya seluruh perencanaan.
Keempat, menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada walau daripada orang kafir sekalipun. Dalam peristiwa hijrah, Baginda telah mendapatkan khidmat seorang pemandu bukan Islam untuk menunjukkan jalan sulit yang tidak diketahui oleh orang ramai untuk ke Madinah. Hal ini dilakukan oleh Baginda setelah berpuas hati bahawa pemandu bukan Islam itu tidak akan mengkhianatinya.
Daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku nyatalah bahawa hijrah bukan hanya satu rentetan peristiwa tidak sengaja atau kebetulan yang terjadi dalam kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. Perjalanan hijrah dengan segala liku dan simpang-siurnya itu jelas mengandungi hikmah budaya kerja yang berencana. Sesuatu cita-cita tidak mungkin dapat dijayakan cuma dengan doa dan penyerahan semata-mata, tetapi harus dilaksanakan dengan perencanaan yang cukup rapi. Yang dimaksudkan dengan perencanaan ialah suatu aliran menentukan matlamat, menggariskan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan untuk mencapai matlamat tersebut. Sementara yang dimaksudkan dengan perancangan pula ialah penggabungan dan penyepaduan pelbagai sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya.
Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan yang membawa erti persiapan masa kini untuk menghadapi apa yang akan terjadi di masa depan. Ketika Allah memerintahkan kita agar bersiap sepenuhnya untuk menghadapi musuh dengan segala rupa kekuatan seperti mana firman Allah dalam surah al-Anfal ayat ke-60.
Ayat tersebut memerintahkan kita umat Islam membuat perancangan pertahanan jangka panjang dengan mengambil kira perubahan-perubahan dan kemajuan-kemajuan yang sedang berlaku dan akan berlaku dalam bidang ketenteraan dan juga teknologi persenjataan.
Lebih-lebih lagi di saat umat Islam menghadapi ancaman yang datangnya bukan sahaja dalam bidang ketenteraan, malah telah meningkat kepada ancaman-ancaman bentuk lain termasuk budaya, pendidikan dan ekonomi, maka perintah Tuhan, “…waa’iddu lahum…” (bersiaplah menghadapi mereka…) itu harus pula difahami dari sudut semangatnya dengan membuat perancangan yang bernas lagi rapi dalam bidang-bidang lain seperti ilmu, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
Lebih jauh daripada itu al-Quran juga telah menampilkan peribadi Nabi Yusuf a.s. sebagai tokoh misali perancang ekonomi sebagaimana yang diterangkan kepada kita dalam surah Yusuf, ayat yang ke-47 hingga ke-49. Di mana dalam ayat tersebut, Nabi Yusuf a.s. telah menyarankan suatu perancangan ekonomi pertanian untuk jangka waktu empat belas tahun dengan membuat perimbangan di antara jumlah penghasilan, penggunaan, penyimpanan dan pelaburan semula. Dengan perencanaan bersifat melihat ke hadapan ini, krisis ekonomi yang dikhuatiri akan menimpa negara dapat dihindarkan.
Dalam zaman yang penuh persaingan seperti sekarang ini, kecemerlangan dan keunggulan hanya akan dapat dicapai dengan penyuburan budaya kerja berencana dan pemikiran bernas. Sehubungan dengan itu budaya ad hoc seharusnya dihindari kerana ia bukan budaya yang terpancar daripada ajaran Islam.
Memang manusia hanya boleh merencana, tetapi Allah jua yang menentukan jaya atau tidaknya. Namun manusia tetap diwajibkan merencana dan melaksanakan rencananya dengan setepat-tepatnya. Rencana yang rapi tetapi tidak dilaksanakan sebagaimana semestinya akan berakhir dengan kegagalan. Demikianlah apa yang telah terjadi dalam Perang Uhud. Perancangannya sudah cukup rapi. Tetapi ada pasukan yang kurang berdisiplin lalu mengabaikan perlaksanaan yang telah direncanakan, maka akibatnya pasukan Islam mengalami pukulan teruk.
Mudah-mudahan apa yang telah diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. menerusi peristiwa hijrah yang telah melakar sejarah yang cukup besar itu mampu untuk kita mengambil pengajaran daripadanya, dan berupaya menjadi umat yang peka dengan hikmah-
hikmah yang terkandung di sebalik setiap peristiwa-peristiwa besar sebagai panduan kepada kita umat akhir zaman yang semakin terpinggir ini.
- ABU BAKAR YANG ialah pegawai penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Subscribe to:
Posts (Atom)