Apr 28, 2008

Pertandingan Mewarna Pra Sekolah & Sekolah Rendah Tahap 1





Klik disini untuk melihat gambar lagi.

PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH & SEKOLAH RENDAH TAHAP 1
TEMPAT : WISMA MAIS ,SEKSYEN 3,SHAH ALAM.
MASA : 9.30 PAGI – 12 TGHARI
TARIKH : 26 APRIL 2008

ANJURAN : Lembaga Zakat Selangor dan Grow Management & Services
DIRASMIKAN OLEH : En Abdul Samad Ibrahim
Ketua Jabatan Pembangunan Asnaf ,Lembaga Zakat Selangor.

Pertandingan Mewarna Prasekolah dan Sekolah Rendah Tahap 1 ini merupakan program yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor bersama Grow Management & Services sempena program Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sale yang diadakan di perkarangan Wisma MAIS ini. Program ini diadakan bagi melaksanakan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada para peniaga dan juga pengunjung Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sales.
Antara objektif program ini ialah membantu meningkatkan taraf hidup peniaga Pasar Rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan asnaf dengan gabungan peniaga-peniaga luar. Selain itu, acara ini adalah salah satu promosi bagi menarik pelanggan untuk ke Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sale yang diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 7-12 tengahari.
Pasar Rakyat Asnaf ini menawarkan pelbagai barangan basah, kering dan makanan manakala Booth Sale pula menawarkan barangan seperti pakaian, aksesori lelaki, wanita dan lain-lain barangan kering. Untuk makluman para hadirin sekalian, Pasar Rakyat Asnaf ini telahpun beroperasi selama lebih kurang setahun dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung.
Hadirin hadirat sekalian,
Pertandingan mewarna pada hari ini menawarkan hadiah yang menarik kepada para pemenang selain cenderahati yang diberikan kepada setiap peserta berupa set kelengkapan mewarna dan majalah tajaan Karangkraf Sdn Bhd. Juri-juri pertandingan pula adalah juri dari Lembaga Zakat Selangor yang dijemput khas. Dengan adanya aktiviti seperti ini pada setiap minggu, dapat menaikkan lagi nama Pasar Rakyat Asnaf dan Booth Sales seterusnya menaikkan nama Wisma MAIS ini.

No comments: