Oct 25, 2011

PROGRAM KHAS LATIHAN SISWAZAH BERPAKEJ SESI 4

Tarikh: 18 hingga 21 oktober 2011
Tempat: IPS Serdang

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Hj Md. Zuki Bin Ismail (Pengarah Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan). Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program tiga hari dua malam yang dijalankan serta para peserta dapat merapatkan jurang hubungan dengan pihak kementerian. Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.

Seramai 42 peserta yang telah mendaftar sebagai peserta terdiri daripada 17 peserta lelaki dan 25 peserta wanita. Berikut adalah pecahan pendaftaran peserta mengikut jantina.

Selama empat hari kursus ini dijalankan, program ini telah dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mewakili kumpulan usahawan dan kumpulan kedua pula ialah graduan yang memilih untuk bekerja. Seramai 11 orang graduan memilih untuk menjadi usahawan dan 31 orang graduan memilih untuk bekerjaya. Seramai 12 peserta daripada Institut Pertanian Bumbung Lima, 7 peserta daripada Institut Pertanian Serdang, 1 peserta daripada Institut Veterinar Kluang dan UiTM, 4 peserta daripada Kolej Poly-Tech Mara, 7 peserta daripada KPM Bukit Tangga dan 9 peserta daripada Universiti Putra Malaysia.

6 peserta daripada bidang akuakultur dan Teknologi Pengeluaran tanaman makanan, 7 peserta daripada Sains Pertanian, 2 daripada Landskap, 5 peserta daripada bidang Teknologi pemprosesan hasil pertanian dan ternakan, 1 peserta daripada bidang pengurusan estet, pengurusan perladangan makanan dan seni perancangan dan ukur, 4 peserta daripada bidang perniagaan IT dan 2 peserta daripada bidang ruminan dan tanaman pemasaran Makanan.









No comments: