Nov 18, 2011

SEMINAR KEUSAHAWANAN SISWAZAH TANI 2011 UUM SINTOK, KEDAH

Tarikh: 16 Nov 2011
Tempat: Dewan Tradewinds UUM Sintok Kedah

Laporan bagi Seminar Keusahawanan Siswazah Tani 2011 ini disediakan oleh Citra Global Sdn Bhdbertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetahui perjalanan program yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Dewan Tradewinds UUM Sintok Kedah.
Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program tiga hari dua malam yang dijalankan serta para peserta dapat merapatkan jurang hubungan dengan pihak kementerian. Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.
Seramai 141 peserta yang telah mendaftar sebagai peserta terdiri daripada 36 peserta lelaki dan 105peserta wanita. Berikut adalah pecahan pendaftaran peserta mengikut jantina.
Pihak CGSB mengusulkan program ini perlu diperkembangkan secara teknikal dengan mengadakan seminar 3 hari 2 malam supaya program ini dapat membantu siswazah lebih berminat dengan pertanian.






Nov 1, 2011

KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN LZS (29 & 30 Oktober 2011)

Tarikh: 29 dan 30 oktober 2011

Tempat: Warisan Sembilang Traning Centre Klang

Laporan Kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya di Warisan Sembilang Training Centre. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian. Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Seramai 26 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 19 peserta lelaki dan 7 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 29 sehingga 65 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam pengangkutan dan fotografi.

Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.