Apr 24, 2012

KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN LZS

KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN LZS (14 & 15 APRIL 2012)

Laporan Kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya di Pulaz Wisma Mais Seksyen 3,Shah Alam. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu ke-pada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Seramai 36 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 21 peserta lelaki dan 15 peserta wanita.Peserta juga adalah dari peringkat umur 35 sehingga 60 ta-hun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat da-lam pengangkutan dan pertanian. Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.









KURSUS KEWANGAN DAN PEMASARAN PERNIAGAAN

KURSUS KEWANGAN DAN PEMASARAN PERNIAGAAN
DI TINGKAT 1, BANGUNAN PERKIM, KUALA LUMPUR
(2 APRIL 2012 HINGGA 4 APRIL 20120)

Laporan perlaksanaan Kursus Kewangan dan Pemasaran Perniagaan ini disediakan oleh Grow Management and Services bertujuan untuk memberi informasi mengenai perjalanan program selama tiga hari yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Tingkat 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak MAIWP untuk mengetahui keberkesanan kursus ini kepada para peserta. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak MAIWP mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan bengkel dan modul yang disediakan. Statistik ini dapat membantu dalam penambahbaikan kursus oleh pihak MAIWP pada masa akan datang.

Kursus ini dihadiri oleh usahawan-usahawan asnaf seramai 41 orang daripada pelbagai latar perniagaan dengan bilangan 17 orang lelaki dan 24 orang perempuan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah jualan baju dan tudung, perniagaan makanan dan salun kecantikan. Kursus ini memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan asnaf mengenai pengurusan kewangan dan pemasaran produk .Seramai tiga orang panel dijemput khas untuk penyampaian sesi bengkel. Antara panel tersebut ialah En Amizar Abu Adam, perunding Grow Management and Services dan Ustaz Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah, Penolong Pengurus Unit Pembangunan Asnaf (Perniagaan) Bahagian Baitulmal,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Slogan para peserta kursus ini ialah ”Bersama Menggapai Jutawan”