Apr 24, 2012

KURSUS KEWANGAN DAN PEMASARAN PERNIAGAAN

KURSUS KEWANGAN DAN PEMASARAN PERNIAGAAN
DI TINGKAT 1, BANGUNAN PERKIM, KUALA LUMPUR
(2 APRIL 2012 HINGGA 4 APRIL 20120)

Laporan perlaksanaan Kursus Kewangan dan Pemasaran Perniagaan ini disediakan oleh Grow Management and Services bertujuan untuk memberi informasi mengenai perjalanan program selama tiga hari yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Tingkat 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak MAIWP untuk mengetahui keberkesanan kursus ini kepada para peserta. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak MAIWP mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan bengkel dan modul yang disediakan. Statistik ini dapat membantu dalam penambahbaikan kursus oleh pihak MAIWP pada masa akan datang.

Kursus ini dihadiri oleh usahawan-usahawan asnaf seramai 41 orang daripada pelbagai latar perniagaan dengan bilangan 17 orang lelaki dan 24 orang perempuan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah jualan baju dan tudung, perniagaan makanan dan salun kecantikan. Kursus ini memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan asnaf mengenai pengurusan kewangan dan pemasaran produk .Seramai tiga orang panel dijemput khas untuk penyampaian sesi bengkel. Antara panel tersebut ialah En Amizar Abu Adam, perunding Grow Management and Services dan Ustaz Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah, Penolong Pengurus Unit Pembangunan Asnaf (Perniagaan) Bahagian Baitulmal,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Slogan para peserta kursus ini ialah ”Bersama Menggapai Jutawan”











2 comments:

Unknown said...

salam .. bila lahi program nie diadakan lagi ? untuk lepasan spm yang berminat menceburi dalam perniagaan bole join kursus nie tak ? ..

GMS said...

Kursus ini di bawah kelolaan majlis agama islam wilayah perseketuan, saudari bole merujuk di maiwp untuk kursus seperti ini.