May 31, 2012

KURSUS KEWANGAN DAN PEMASARAN PERNIAGAAN


Program: Kursus Kewangan dan Pemasaran Perniagaan 
Tarikh: 14 hingga 16 mei 2012

Laporan perlaksanaan Kursus Kewangan dan Pemasaran Perniagaan ini disediakan oleh Grow Management and Services bertujuan untuk memberi informasi mengenai perjalanan program selama tiga hari  yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Tingkat 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak MAIWP untuk mengetahui keberkesanan kursus ini kepada para peserta. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak MAIWP mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan bengkel dan modul yang disediakan. Statistik ini dapat membantu dalam penambahbaikan kursus oleh pihak MAIWP pada masa akan datang.

Kursus ini dihadiri oleh usahawan-usahawan asnaf seramai  32 orang daripada pelbagai latar perniagaan dengan bilangan 11 orang lelaki dan 21 orang perempuan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah jahitan, penjualan makanan, perniagaan pasar malam dan berbagai-bagai lagi. Kursus ini memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan asnaf mengenai pengurusan kewangan dan pemasaran produk. Seramai tiga orang panel dijemput khas untuk penyampaian sesi bengkel. Antara panel tersebut ialah En Amizar Abu Adam, perunding Grow Management and Services dan Ustaz Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah, Penolong Pengurus Unit Pembangunan Asnaf (Perniagaan) Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 







No comments: