Nov 24, 2009

Program Perintis Pembangunan Usahawan Baru 2009


Program: Perintis Pembangunan Usahawan Baru 2009
Tempat: Delta Inn Hotel, Wisma MAIS, Shah Alam
Tarikh: 20, 21 dan 22 November 2009

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program kali ini adalah lebih tertumpu kepada aspek prektikal dan teknikal. Ini bertujuan untuk melihat potensi peserta apabila menghadapi situasi sebenar perniagaan. Pihak GMS telah menyusun modul - modul yang melibatkan aktiviti fizikal seperti tesis kajian syarikat dan juga modul menjual produk di khalayak ramai. Ini akan menunjukkan atitud dan sikap sebenar peserta ketika menghadapi cabaran di dalam perniagaan. Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.


Seramai 29 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 16 peserta lelaki dan 13 peserta wanita. Rata - rata peserta yang terlibat merupakan peniaga kecil - kecilan di tempat tinggal masing - masing. Namun begitu, melalui pemantauan pihak GMS, terdapat beberapa peserta yang berpotensi dan kesungguhan untuk menjadi usahawan.

Selama tiga hari dua malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam, En Adnan Bin Mohd Amer dan En Nor Azhar Bin Othman dipertanggungjawabkan sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka. Melalui pemantauan,Saudara Rosman bin Buyong Mustaffa terpilih sebagai peserta lelaki terbaik manakala peserta wanita ialah saudari Roha binti Jaafar. Kumpulan terbaik pula telah dianugerahkan kepada peserta dari Kumpulan 1.Pemilihan ini berdasarkan komitmen peserta sepanjang kursus, memenuhi kriteria sebagai usahawan dan idea –idea yang kreatif.