Seramai 64 orang peserta telah berdaftar untuk menyertai program untuk siri ini dan keseluruhannya adalah peserta lelaki. Program Kursus Pembangunan Ekonomi Belia pada kali ini hanya melibatkan peserta lelaki sahaja. En. Mohd Radzuan Bin Jaafar telah dilantik sebagai Managing Director manakala En Muhd Ashran Bin Othman sebagai Executive Director
Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Sohaimi Shahadan Pengerusi, Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan.Melalui ucapan,beliau menekankan supaya peserta yang menghadiri program ini menggunakan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian bukan hanya sekadar menghadiri dan mendengar modul-modul keusahawanan yang bakal disampaikan. Beliau juga menasihati peserta supaya tidak hanya bercakap kosong tetapi bercakap sambil bertindak.
Di peringkat awal program peserta kali ini kebanyakannya mempunyai pengetahuan dalam keusahawanan jadi melalui modul-modul yang telah dijalankan, kami dapat melihat transformasi peserta yang lebih bersemangat untuk mengembangkan bidang perniagaan masing-masing setelah mendapat kaedah yang terbaik bagi memajukan dan berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi. Para peserta yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan telah berjaya dicungkil.
Peserta juga telah dilatih bagi membina jaringan perniagaan sesama mereka bagi memudahkan aktiviti perniagaan mereka pada masa akan datang. Jaringan perniagaan ini adalah bertujuan bagi memastikan peserta saling menyokong kejayaan perniagaan sesama mereka dan secara tidak langsung dapat membangunkan ekonomi belia sejajar dengan objektif program ini.
Dengan semangat kerjasama dan sepakat yang berjaya dipraktikan oleh setiap peserta satu resolusi mewujudkan satu syarikat bagi memperluaskan pasaran ikan patin. Salinan resolusi tersebut disertakan bersama-sama laporan ini.Kami menyokong dan berharap resolusi ini akan berjaya mendapat perhatian pihak INSKEN.

No comments:
Post a Comment