SEMINAR USAHAWAN TANI MUDA DAN PERTANIAN JAYA
Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Selangor
( 7 November 2009 )
Seminar Usahawan Tani Muda dan Pertanian Jaya ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan usahawan dan juga bakal usahawan dikalangan golongan belia di dalam negeri Selangor dan memberikan khidmat nasihat serta bimbingan dalam melaksanakan aktiviti pertanian dan menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan. Seminar anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga dapat memberi pendedahan kepada para usahawan serta bakal usahawan berkenaan dengan perkara asas memulakan serta mengembangkan perniagaan mereka dalam bidang pertanian.
Selain itu, Seminar Usahawan Tani Muda dan Pertanian Jaya ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam membangunkan sektor pertanian negara serta maklumat berhubung bantuan yang boleh para usahawan perolehi sebagai titik permulaan perniagaan mereka. Pihak kementerian telah menyampaikan beberapa maklumat berkenaan peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh masyarakat umum untuk menjadi seorang usahawan dalam bidang pertanian.
Seramai lebih kurang 797 peserta yang berdaftar dan 200 orang peserta yang tidak berdaftar dikalangan belia negeri Selangor telah terlibat dalam seminar ini. Sebanyak 3 buah agensi yang terlibat menjayakan seminar ini termasuk:
I. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
II. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional)
III. Agro Bank
Berdasarkan kelancaran seminar yang telah dijalankan ini, pihak penganjur berharap dapat meneruskan lagi Seminar Usahawan Tani Muda dan Pertanian Jaya ini pada masa-masa akan datang.
No comments:
Post a Comment