Aug 16, 2011

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN LEPASAN PLKPK 2008-2010

Kajian Pengesanan Graduan Lepasan PLKPK telah dilaksanakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul disamping melahirkan beberapa cadangan dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan bagi memastikan keberkesanan pendidikan dalam bidang yang ditawarkan di KPM.

Kajian ini dijalankan ke atas graduan lepasan PLKPK daripada pengambilan pelajar tahun 2008 hingga pengambilan ke tahun 2010 mengikut data yang diperolehi daripada pihak NATC. Data yang diperolehi ialah senarai nama 600 orang graduan berserta alamat dan nombor telefon serta merangkumi kesemua bidang teras PLKPK iaitu bidang Ruminan, Akualkultur, Tanaman, Pemprosesan Makanan, Pengedaran Makanan dan Teknologi Perikanan Tangkapan. Para graduan ini telah menjalani latihan di pusat-pusat latihan daripada Pusat Latihan Perikanan Pulau Sayak, Institut Pertanian Kuala Lipis, Institut Pertanian Sungai Petani Kedah, Institut Haiwan Kluang, Institut Perikanan Chendering dan Pusat Penyelidikan MARDI Serdang.

Data yang diperolehi daripada pihak NATC terdiri daripada 600 orang graduan lepasan KPM daripada pengambilan tahun 2008 hingga pengambilan tahun 2010. Seramai 600 orang responden yang cuba dihubungi dan responden yang berjaya dihubungi dan ditemubual ialah seramai 345 orang graduan.

Pelbagai cadangan dan rumusan telah dibuat dan pihak GMS berharap, pihak NATC akan membuat penambahbaikkan bagi memantapkan lagi PLKPK.
OLEH: WAHEJA

No comments: