PROGRAM : SEMINAR KEUSAHWANAN SEMPENA PROGRAM BERSAMA RAKYAT
TEMPAT: PARLIMEN IJOK KUALA SELANGOR
TARIKH: 10 DISEMBER 2011
Laporan bagi Seminar Keusahawanan Sempena Program MOA Bersama Rakyat ini disediakan oleh Firash Asia Sdn Bhd bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetahui perjalanan program yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Parlimen Ijok Kuala Selangor.
Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program tiga hari dua malam yang dijalankan serta para peserta dapat merapatkan jurang hubungan dengan pihak kementerian. Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.
Seramai 121 peserta yang telah mendaftar sebagai peserta terdiri daripada 76 peserta lelaki dan 45 peserta wanita. Berikut adalah pecahan pendaftaran peserta mengikut jantina.
No comments:
Post a Comment