Kursus
Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk
membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama
dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya diPusat Latihan Asnaf
Zakat (Pulaz) Wisma Mais Seksyen
3,Shah Alam. Selain itu laporan ini
juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang
berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan
yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program.
Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi
memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta
tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian
usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program
berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan
oleh pihak LZS pada masa akan datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada
modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang
memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya
akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan
atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai
36 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 19 orang
peserta lelaki dan 17 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur
16 sehingga 61 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya
segelintir yang terlibat dalam pengangkutan dan pertanian.
No comments:
Post a Comment