KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN LZS
(14 & 15 OGOS 2012)
Laporan Kursus Pra
Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management &
Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS)
mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan
dengan jayanya diPusat Latihan Asnaf Zakat (Pulaz)
Wisma Mais Seksyen 3,Shah Alam. Selain
itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih
bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui
ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi
peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta,
jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik
profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang
disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang
diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam
pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada
modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang
memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya
akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan
atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai
36 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 19 orang
peserta lelaki dan 17 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur
16 sehingga 61 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya
segelintir yang terlibat dalam pengangkutan dan pertanian.
Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En. Amizar Bin Abu Adam dan di bantu
oleh penceramah yang lain bertanggungjawab
sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan
didalam modul yang telah dirangka.
No comments:
Post a Comment