Kursus
Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk
membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama
dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya diNur Bukit Unggul
Resort, Sepang pada 23 dan 24 Februari 2013.
Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk
memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan
melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan
prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk
ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui
statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan
modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang
ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat
membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan
datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada
modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang
memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan
dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau
mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai
59 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 21 orang
peserta lelaki dan 38peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 18
sehingga 73 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya
segelintir yang terlibat dalam pengangkutan, perikanan dan pertanian.
Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu
oleh penceramah yang lain bertanggungjawab
sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan
didalam modul yang telah dirangka.
Pihak GMS secara tulusnya memberi sokongan kepada 59
orang peserta kali ini untuk mendapat pertimbangan dari pihak LZS bagi
pemberian modal memulakan perniagaan. Ianya berdasarkan keyakinan pihak kami
bahawa peserta-peserta ini mampu memanfaatkan bantuan modal dari pihak LZS
dengan sebaiknya melalui pemantauan oleh pegawai kami. Pihak GMS mencadangkan
agar jumlah bantuan yang bakal diberikan oleh LZS adalah wajar dan berpadanan
dengan perniagaan peserta. Menurut pihak GMS sebagai pihak perunding, jumlah
bantuan dicadangkan adalah tidak melebihi RM15,000 walaupun terdapat peserta
yang memohon dalam jumlah yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment