Kursus
Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk
membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama
dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya diKem Bumi Jati Jalan
Kebun, Shah Alam. Selain itu laporan
ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan
yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta
rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang
program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf
analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan
hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah
pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program
berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan
oleh pihak LZS pada masa akan datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada
modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang
memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya
akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan
atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai
42 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 18 orang
peserta lelaki dan 24peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 21
sehingga 71 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya
segelintir yang terlibat dalam pengangkutan dan pertanian.
No comments:
Post a Comment