Laporan Kursus Pra
Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management &
Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS)
mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan
dengan jayanya diKem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam pada 8 dan 9
Jun 2013. Selain
itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih
bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui
ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi
peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta,
jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik
profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang
disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang
diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam
pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul
serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen
dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan
diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan
perniagaan mereka.
Seramai
49 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 25 orang
peserta lelaki dan 24peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 28
sehingga 67 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya
segelintir yang terlibat dalam pengangkutan, perikanan dan pertanian.
Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar bin Abu Adamdan di bantu oleh
penceramah yang lain bertanggungjawab
sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan
didalam modul yang telah dirangka.
Pihak GMS secara tulusnya memberi sokongan kepada 49
orang peserta kali ini untuk mendapat pertimbangan dari pihak LZS bagi
pemberian modal memulakan perniagaan. Ianya berdasarkan keyakinan pihak kami
bahawa peserta-peserta ini mampu memanfaatkan bantuan modal dari pihak LZS
dengan sebaiknya melalui pemantauan oleh pegawai kami. Pihak GMS mencadangkan
agar jumlah bantuan yang bakal diberikan oleh LZS adalah wajar dan berpadanan
dengan perniagaan peserta. Menurut pihak GMS sebagai pihak perunding, jumlah
bantuan dicadangkan adalah tidak melebihi RM15,000 walaupun terdapat peserta
yang memohon dalam jumlah yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment