Kursus Pra
Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk
membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama
dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Latihan Asnaf Zakat (Pulaz)
Wisma Mais Seksyen 3,Shah Alam. Selain
itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih
bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui
ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi
peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta,
jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik
profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang
disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan
sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan
program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada
modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang
memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya
akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan
atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai
49 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 21 orang peserta
lelaki dan 27 peserta wanita. Peserta
juga adalah dari peringkat umur 29 sehingga 65 tahun yang secara keseluruhannya
adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam pengangkutan dan
pertanian.
Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu
oleh penceramah yang lain bertanggungjawab
sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan
didalam modul yang telah dirangka.
Pihak GMS secara tulusnya memberi sokongan kepada 49 orang
peserta kali ini untuk mendapat pertimbangan dari pihak LZS bagi pemberian
modal memulakan perniagaan.Ianya berdasarkan keyakinan pihak kami bahawa
peserta-peserta ini mampu memanfaatkan bantuan modal dari pihak LZS dengan
sebaiknya melalui pemantauan oleh pegawai kami.Pihak GMS mencadangkan agar
jumlah bantuan yang bakal diberikan oleh LZS adalah wajar dan berpadanan dengan
perniagaan peserta. Menurut pihak GMS sebagai pihak perunding, jumlah bantuan
dicadangkan adalah tidak melebihi RM15,000 walaupun terdapat peserta yang
memohon dalam jumlah yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment