Dec 19, 2011
KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN 17 & 18 DISEMBER 2011
Laporan Kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya di Warisan Sembilang Training Centre. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.
Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian. Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai 27 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 14 peserta lelaki dan 13 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 29 sehingga 65 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam pengangkutan dan fotografi.
Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.
Tarikh: 17 dan 18 Disember 2011
SEMINAR KEUSAHWANAN SEMPENA PROGRAM BERSAMA RAKYAT
TEMPAT: PARLIMEN IJOK KUALA SELANGOR
TARIKH: 10 DISEMBER 2011
Laporan bagi Seminar Keusahawanan Sempena Program MOA Bersama Rakyat ini disediakan oleh Firash Asia Sdn Bhd bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetahui perjalanan program yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Parlimen Ijok Kuala Selangor.
Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program tiga hari dua malam yang dijalankan serta para peserta dapat merapatkan jurang hubungan dengan pihak kementerian. Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.
Seramai 121 peserta yang telah mendaftar sebagai peserta terdiri daripada 76 peserta lelaki dan 45 peserta wanita. Berikut adalah pecahan pendaftaran peserta mengikut jantina.
Nov 18, 2011
SEMINAR KEUSAHAWANAN SISWAZAH TANI 2011 UUM SINTOK, KEDAH
Nov 1, 2011
KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN LZS (29 & 30 Oktober 2011)
Laporan Kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya di Warisan Sembilang Training Centre. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.
Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian. Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai 26 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 19 peserta lelaki dan 7 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 29 sehingga 65 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam pengangkutan dan fotografi.
Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.
Oct 25, 2011
PROGRAM KHAS LATIHAN SISWAZAH BERPAKEJ SESI 4
Oct 15, 2011
PROGRAM IBU TUNGGAL DI WARISAN SEMBILANG
Oct 13, 2011
KURSUS PEMBANGUNAN EKONOMI DAN JATIDIRI IBU TUNGGAL
Oct 3, 2011
PROGRAM KHAS LATIHAN SISWAZAH BERPAKEJ SESI 3
Sep 20, 2011
KARNIVAL KERJAYA SEKTOR PERTANIAN
Aug 16, 2011
MEMBEKAL , MEMASANG PERALATAN DAN SEWAAN SISTEM SIARAYA (23 & 24 JULAI 2011)
- Persembahan Ghazal oleh Komuditi Kuang
- Persembahan Live Band oleh Kelab Belia Kuang
- Persembahan artis:- a) Dahlan Zainudin b) Effa Rezan c) Rabbani d) Along & Angah (Raja Lawak) e) Wani AF
- Perasmian oleh Y.B Datuk Seri Hj. Noh Bin Omar
- Persembahan dari GEMA
- Persembahan jemputan kebudayaan daripada kompang (Melayu), Tarian Naga (Cina), Pukulan Gendang India (India) semasa ketibaan jemputan