Sep 27, 2012

KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN LZS


Laporan Kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 24 orang peserta lelaki dan 26 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 22 sehingga 65 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam pengangkutan, perikanan dan pertanian.

Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab  sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.










Sep 16, 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI VETERAN ANGKATAN TENTERA TIDAK BERPENCEN

Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sosioekonomi Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen (PPSEV-ATM-TBP) telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 13 hb September 2012. Seramai 3156 orang peserta hadir pada majlis ini yang terdiri daripada veteran angkatan tentera tidak berpencen.


Pihak IIHSB telahpun menyediakan pengisian program mengikut persetujuan PERHEBAT dimana para peserta yang hadir ini memahami bahawa PERHEBAT telahpun mengatur strategi yang mampan untuk melaksanakan program pembangunan sosioekonomi anggota tentera yang tidak berpencen ini dimana didalam program majlis pelancaran ini para peserta didedahkan dengan seminar berskala besar diantaranya penceramah yang melaksanakannya adalah seperti berikut:-

       I.        YBhg Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sebagai Penceramah “Motivasi Perdana”
     II.        YBhg Dato’ Ameer Ali Myden sebagai Penceramah “Keusahawanan Yang Mampan”

Tuan Haji Suhadi bin Komar, Ketua Pengarah PERHEBAT pula telah memberikan satu taklimat khusus kepada para peserta dimana beliau telah pun menerangkan bagaimana proses program pembangunan ini bakal dan sedang dilaksanakan diseluruh pelosok negeri peserta masing-masing dan didapati para peserta dapat memahami hasrat PERHEBAT untuk melaksanakan program ini sehingga berjaya.










Sep 13, 2012

KARNIVAL KERJAYA SEKTOR PERTANIAN 2012


Laporan Karnival Kerjaya Sektor Pertanain 2012 ini disediakan oleh IIHSB bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari bermula pada 8 september 2012 sehingga 9 september 2012 telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Tun Razak 4, PWTC, Kuala Lumpur. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak NATC untuk mengenalpasti setiap program yang berlaku sepanjang karnival ini dijalankan.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak IIHSB pada program ini adalah lebih tertumpu kepada ceramah-ceramah antaranya ialah Career Talk-Success Stories dalam bidang tanaman yang disampaikan oleh Pn Marina Nasir, Project Director Green Agro World. Diikuti ceramah berkaitan bidang Akuakultur yang disampaikan oleh Cik. Nadia Farhana Binti Mohd Fadzil. Pada hari kedua juga pihak Interlink turut mengadakan ceramah Klinik Kerjaya berkaitan Kaedah Membuat Resume dan Tips Menghadiri Temuduga yang disampaikan oleh En Md Hatta Md Jauhar . Pihak IIHSB turut menjemput Rosyam Noor untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada peserta yang hadir.

Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya dan Majlis Menandatangani MOU turut berlangsung yang telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Haji Noh bin Omar ,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta tetamu-tetamu kehormat yang dijemput dalam program ini.

















Sep 12, 2012

KARNIVAL KERJAYA SEKTOR PERTANIAN 2012

Karnival Kerjaya Sektor Pertanian 2012 ini disediakan oleh IIHSB bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) mengetahui perjalanan karnival selama dua hari bermula pada 8 september 2012 sehingga 9 september 2012 telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Tun Abdul Razak 4, PWTC, Kuala Lumpur. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak NATC untuk mengenalpasti setiap program yang berlaku sepanjang karnival ini dijalankan.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak IIHSB pada program ini adalah lebih tertumpu kepada ceramah-ceramah antaranya ialah Career Talk-Success Stories dalam bidang tanaman yang disampaikan oleh Puan Marina Bte Nasir, Pengarah Urusan,  Green Agro








World. Diikuti ceramah berkaitan bidang Akuakultur yang disampaikan oleh Cik Nadia Farhana Binti Mohd Fadzil. Pada hari kedua juga pihak IIHSB turut mengadakan ceramah Klinik Kerjaya berkaitan Kaedah Membuat Resume dan Tips Menghadiri Temuduga yang disampaikan oleh En Md Hatta Md Jauhar daripada Job Malaysia. Pihak IIHSB juga mewakili Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) turut menjemput seleberiti , Rosyam Noor untuk menyampaikan ceramah motivasi berkonsepkan pertanian itu sumber pendapatan kepada peserta yang hadir.

Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya dan Majlis Menandatangani MOU turut berlangsung yang telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Haji Noh bin Omar ,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta tetamu-tetamu kehormat yang dijemput dalam program ini. Program pelancaran yang dilaksanakan telah ditambah nilai dimana satu majlis menandatangani MOU bersama beberapa agensi adalah seperti berikut:-
     i.        Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia (PERHEBAT)
    ii.        Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA)


Seramai 25,719 orang pengunjung telah hadir untuk Karnival ini. Job Malaysia juga telah bekerjasama dalam menjayakan lagi karnival ini. Sebanyak 2010 pekerjaan yang telah ditawarkan sepanjang karnival ini berlangsung, 320 permohonan telah diterima manakala 809 permohonan masih dalam pemerhatian dan 26 permohonan gagal dalam memohon.