Laporan Kursus Pra
Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management &
Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS)
mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan
dengan jayanya di Kem Bumi Jati, Shah
Alam. Selain itu laporan ini juga
adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang
berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan
yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program.
Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi
memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta
tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian
usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program
berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan
oleh pihak LZS pada masa akan datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada
modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang
memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya
akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan
atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai
50 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 24 orang
peserta lelaki dan 26 peserta
wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 22 sehingga 65 tahun yang
secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam
pengangkutan, perikanan dan pertanian.
Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu
oleh penceramah yang lain bertanggungjawab
sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan
didalam modul yang telah dirangka.
No comments:
Post a Comment