Majlis
Pelancaran Program Pembangunan Sosioekonomi Veteran Angkatan Tentera Tidak
Berpencen (PPSEV-ATM-TBP) telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada
13 hb September 2012. Seramai 3156 orang peserta hadir pada majlis ini yang terdiri daripada veteran angkatan tentera tidak berpencen.
Pihak
IIHSB telahpun menyediakan pengisian program mengikut persetujuan PERHEBAT
dimana para peserta yang hadir ini memahami bahawa PERHEBAT telahpun mengatur
strategi yang mampan untuk melaksanakan program pembangunan sosioekonomi
anggota tentera yang tidak berpencen ini dimana didalam program majlis
pelancaran ini para peserta didedahkan dengan seminar berskala besar
diantaranya penceramah yang melaksanakannya adalah seperti berikut:-
I.
YBhg Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah
Kamsah sebagai Penceramah “Motivasi Perdana”
II.
YBhg Dato’ Ameer Ali Myden
sebagai Penceramah “Keusahawanan Yang Mampan”
Tuan
Haji Suhadi bin Komar, Ketua Pengarah PERHEBAT pula telah memberikan satu
taklimat khusus kepada para peserta dimana beliau telah pun menerangkan
bagaimana proses program pembangunan ini bakal dan sedang dilaksanakan
diseluruh pelosok negeri peserta masing-masing dan didapati para peserta dapat
memahami hasrat PERHEBAT untuk melaksanakan program ini sehingga berjaya.
No comments:
Post a Comment