Dec 18, 2012

PROGRAM KURSUS KHAS LATIHAN SISWAZAH BERPAKEJ 2012 DI INSTITUT LATIHAN FAMA PORT DICKSON

Program Kursus Khas Latihan Berpakej Sesi 2012ini disediakan Paragon Quest Sdn Bhd bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dan  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetahui perjalanan program selama empat hari tiga malam yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Institut Latihan FAMA Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini telah disertai oleh beberapa agensi Kementerian dan agensi sokongan.

Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program empat hari tiga malam yang dijalankan serta pendedahan modul yang telah dilaksanakan. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat merapatkan jurang hubungan  dengan pihak kementerian khususnya Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).  Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.

Program ini telah disertai seramai 60 orang pelajar sekolah pemasaran FAMA.Peserta-peserta yang terlibat terbahagi kepada dua kategori. Seramai 15 orang peserta adalah pelatih lepasan SKM bidang pemasaran dan 45 orang pula adalah pelatih tahap 3 bidang pemasaran. Keseluruhannya, terdapat 23 orang peserta lelaki dan 37 orang peserta perempuan. Peserta yang menghadiri program ini berumur dalam lingkungan 20 tahun sehingga 30 tahun. Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang baik daripada peserta.

Para peserta akan dipecahkan kepada dua kumpulan ketika program ini dijalankan. Kumpulan yang pertama merupakan peserta yang memilih untuk menjadi usahawan dan kumpulan yang kedua ialah peserta yang memilih kerjaya. Seramai 16  orang peserta yang memilih untuk menjadi usahawan dan seramai 40 orang peserta yang memilih untuk bekerjaya. Namun begitu, hanya 20 orang peserta dari kumpulan kerjaya yang menghadiri temuduga manakala seramai 12 orang dari kumpulan usahawan yg membuat perbentangan kertas rancangan perniagaan kepada beberapan orang panel yang telah dijemput.

Setelah mereka di pecahkan kepada dua kumpulan ini, mereka akan mengikut modul kumpulan masing-masing. Encik Fadzil dan Encik Sapowan selaku fasilitator mengendalikan sesi masing-masing. Encik Sapowan membantu kumpulan usahawan bagi menyiapkan kertas rancangan perniagaan, manakala encik Fadzil membantu kumpulan kerjaya bagi menyediakan resume serta persediaan menghadapi temuduga.

Pihak IIHSB mengusulkan program ini perlu dihadiri oleh graduan-graduan yang telah tamat belajar dan sedang mencari kerjaya atau yang ingin memulakan perniagaan. Oleh yang demikian, objektif program ini dapat dicapai malah memberi impak yang sangat jelas terhadap para peserta.

Secara keseluruhannya para peserta telah pun didedahkan dengan aspek keusahawanan dan mencari kerja di luar melalui pemikiran, cara berpakaian, penyediaan fizikal dan mental, cara membuat kertas kerja, sifat jati diri dan aspek-aspek teknikal yang boleh diaplikasikan semasa mereka di alam realiti kelak









No comments: