Seminar
Myagro-sis Sempena MAHA 2012 ini
disediakan oleh Paragon Quest Sdn Bhd bertujuan untuk membantu pihak Majlis
Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) mengetahui
perjalanan kursus selama sehari yang telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian
& Industri Asas Tani. Selain itu
laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak NATC mengenalpasti
peserta melalui rumusan yang disediakan oleh pihak Paragon Quest berdasarkan
prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk
ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC
mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan
kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam
borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini
dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak Paragon Quest pada
masa akan datang.
Pendekatan
yang dilakukan oleh pihak Paragon
Quest pada program ini adalah lebih tertumpu kepada
modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang
memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya
akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan
atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seramai
50 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 24 orang
peserta lelaki dan 26 peserta
wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 22 sehingga 65 tahun yang
secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam
pengangkutan, perikanan dan pertanian.
Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu
oleh penceramah yang lain bertanggungjawab
sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan
didalam modul yang telah dirangka.
No comments:
Post a Comment