Program Kursus Khas Latihan Berpakej Sesi 2012ini disediakan Paragon
Quest Sdn Bhd bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian
Kebangsaan (NATC) dan Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetahui perjalanan program selama empat
hari tiga malam yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Institut
Latihan FAMA Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini telah disertai oleh
beberapa agensi Kementerian dan agensi sokongan.
Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi
memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program empat hari tiga
malam yang dijalankan serta pendedahan modul yang telah dilaksanakan.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat merapatkan
jurang hubungan dengan pihak kementerian
khususnya Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC). Laporan ini disediakan dalam bentuk
ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC
mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.
Program ini telah disertai seramai 60 orang pelajar
sekolah pemasaran FAMA.Peserta-peserta yang terlibat terbahagi kepada dua
kategori. Seramai 15 orang peserta adalah pelatih lepasan SKM bidang pemasaran
dan 45 orang pula adalah pelatih tahap 3 bidang pemasaran. Keseluruhannya,
terdapat 23 orang peserta lelaki dan 37 orang peserta perempuan. Peserta yang
menghadiri program ini berumur dalam lingkungan 20 tahun sehingga 30 tahun.
Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas
yang baik daripada peserta.
Para peserta akan dipecahkan kepada dua kumpulan
ketika program ini dijalankan. Kumpulan yang pertama merupakan peserta yang
memilih untuk menjadi usahawan dan kumpulan yang kedua ialah peserta yang
memilih kerjaya. Seramai 16 orang
peserta yang memilih untuk menjadi usahawan dan seramai 40 orang peserta yang
memilih untuk bekerjaya. Namun begitu, hanya 20 orang peserta dari kumpulan
kerjaya yang menghadiri temuduga manakala seramai 12 orang dari kumpulan
usahawan yg membuat perbentangan kertas rancangan perniagaan kepada beberapan
orang panel yang telah dijemput.
Setelah mereka di pecahkan kepada dua kumpulan ini,
mereka akan mengikut modul kumpulan masing-masing. Encik Fadzil dan Encik Sapowan selaku fasilitator mengendalikan sesi
masing-masing. Encik Sapowan membantu kumpulan usahawan bagi menyiapkan kertas
rancangan perniagaan, manakala encik Fadzil membantu kumpulan kerjaya bagi
menyediakan resume serta persediaan menghadapi temuduga.
Pihak IIHSB mengusulkan program ini perlu dihadiri
oleh graduan-graduan yang telah tamat belajar dan sedang mencari kerjaya atau
yang ingin memulakan perniagaan. Oleh yang demikian, objektif program ini dapat
dicapai malah memberi impak yang sangat jelas terhadap para peserta.
Secara keseluruhannya para peserta telah pun
didedahkan dengan aspek keusahawanan dan mencari kerja di luar melalui
pemikiran, cara berpakaian, penyediaan fizikal dan mental, cara membuat kertas
kerja, sifat jati diri dan aspek-aspek teknikal yang boleh diaplikasikan semasa
mereka di alam realiti kelak.
No comments:
Post a Comment