Dec 20, 2012

PROGRAM KURSUS KHAS LATIHAN SISWAZAH BERPAKEJ

Program Kursus Khas Latihan Berpakej Sesi 2012ini disediakan Paragon Quest Sdn Bhd bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dan  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetahui perjalanan program selama empat hari tiga malam yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Institut Latihan FAMA Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini telah disertai oleh beberapa agensi Kementerian dan agensi sokongan.

Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program empat hari tiga malam yang dijalankan serta pendedahan modul yang telah dilaksanakan. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat merapatkan jurang hubungan  dengan pihak kementerian khususnya Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).  Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.

Program ini telah disertai seramai 60 orang pelajar sekolah pemasaran FAMA.Peserta-peserta yang terlibat terbahagi kepada dua kategori. Seramai 15 orang peserta adalah pelatih lepasan SKM bidang pemasaran dan 45 orang pula adalah pelatih tahap 3 bidang pemasaran. Keseluruhannya, terdapat 23 orang peserta lelaki dan 37 orang peserta perempuan. Peserta yang menghadiri program ini berumur dalam lingkungan 20 tahun sehingga 30 tahun. Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang baik daripada peserta.

Para peserta akan dipecahkan kepada dua kumpulan ketika program ini dijalankan. Kumpulan yang pertama merupakan peserta yang memilih untuk menjadi usahawan dan kumpulan yang kedua ialah peserta yang memilih kerjaya. Seramai 16  orang peserta yang memilih untuk menjadi usahawan dan seramai 40 orang peserta yang memilih untuk bekerjaya. Namun begitu, hanya 20 orang peserta dari kumpulan kerjaya yang menghadiri temuduga manakala seramai 12 orang dari kumpulan usahawan yg membuat perbentangan kertas rancangan perniagaan kepada beberapan orang panel yang telah dijemput.

Setelah mereka di pecahkan kepada dua kumpulan ini, mereka akan mengikut modul kumpulan masing-masing. Encik Fadzil dan Encik Sapowan selaku fasilitator mengendalikan sesi masing-masing. Encik Sapowan membantu kumpulan usahawan bagi menyiapkan kertas rancangan perniagaan, manakala encik Fadzil membantu kumpulan kerjaya bagi menyediakan resume serta persediaan menghadapi temuduga.

Pihak IIHSB mengusulkan program ini perlu dihadiri oleh graduan-graduan yang telah tamat belajar dan sedang mencari kerjaya atau yang ingin memulakan perniagaan. Oleh yang demikian, objektif program ini dapat dicapai malah memberi impak yang sangat jelas terhadap para peserta.


Secara keseluruhannya para peserta telah pun didedahkan dengan aspek keusahawanan dan mencari kerja di luar melalui pemikiran, cara berpakaian, penyediaan fizikal dan mental, cara membuat kertas kerja, sifat jati diri dan aspek-aspek teknikal yang boleh diaplikasikan semasa mereka di alam realiti kelak.



Dec 18, 2012

PROGRAM KURSUS KHAS LATIHAN SISWAZAH BERPAKEJ 2012 DI INSTITUT LATIHAN FAMA PORT DICKSON

Program Kursus Khas Latihan Berpakej Sesi 2012ini disediakan Paragon Quest Sdn Bhd bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dan  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetahui perjalanan program selama empat hari tiga malam yang telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Institut Latihan FAMA Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini telah disertai oleh beberapa agensi Kementerian dan agensi sokongan.

Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi memberikan beberapa cadangan dan laporan hasil daripada program empat hari tiga malam yang dijalankan serta pendedahan modul yang telah dilaksanakan. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat merapatkan jurang hubungan  dengan pihak kementerian khususnya Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).  Laporan ini disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil serta perjalanan program sepanjang program.

Program ini telah disertai seramai 60 orang pelajar sekolah pemasaran FAMA.Peserta-peserta yang terlibat terbahagi kepada dua kategori. Seramai 15 orang peserta adalah pelatih lepasan SKM bidang pemasaran dan 45 orang pula adalah pelatih tahap 3 bidang pemasaran. Keseluruhannya, terdapat 23 orang peserta lelaki dan 37 orang peserta perempuan. Peserta yang menghadiri program ini berumur dalam lingkungan 20 tahun sehingga 30 tahun. Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang baik daripada peserta.

Para peserta akan dipecahkan kepada dua kumpulan ketika program ini dijalankan. Kumpulan yang pertama merupakan peserta yang memilih untuk menjadi usahawan dan kumpulan yang kedua ialah peserta yang memilih kerjaya. Seramai 16  orang peserta yang memilih untuk menjadi usahawan dan seramai 40 orang peserta yang memilih untuk bekerjaya. Namun begitu, hanya 20 orang peserta dari kumpulan kerjaya yang menghadiri temuduga manakala seramai 12 orang dari kumpulan usahawan yg membuat perbentangan kertas rancangan perniagaan kepada beberapan orang panel yang telah dijemput.

Setelah mereka di pecahkan kepada dua kumpulan ini, mereka akan mengikut modul kumpulan masing-masing. Encik Fadzil dan Encik Sapowan selaku fasilitator mengendalikan sesi masing-masing. Encik Sapowan membantu kumpulan usahawan bagi menyiapkan kertas rancangan perniagaan, manakala encik Fadzil membantu kumpulan kerjaya bagi menyediakan resume serta persediaan menghadapi temuduga.

Pihak IIHSB mengusulkan program ini perlu dihadiri oleh graduan-graduan yang telah tamat belajar dan sedang mencari kerjaya atau yang ingin memulakan perniagaan. Oleh yang demikian, objektif program ini dapat dicapai malah memberi impak yang sangat jelas terhadap para peserta.

Secara keseluruhannya para peserta telah pun didedahkan dengan aspek keusahawanan dan mencari kerja di luar melalui pemikiran, cara berpakaian, penyediaan fizikal dan mental, cara membuat kertas kerja, sifat jati diri dan aspek-aspek teknikal yang boleh diaplikasikan semasa mereka di alam realiti kelak









Dec 3, 2012

SEMINAR MYAGRO-SIS SEMPENA MAHA 2012

Seminar Myagro-sis Sempena MAHA 2012 ini disediakan oleh Paragon Quest Sdn Bhd bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) mengetahui perjalanan kursus selama sehari yang telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak NATC mengenalpasti peserta melalui rumusan yang disediakan oleh pihak Paragon Quest berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak NATC mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak Paragon Quest pada masa akan datang.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak Paragon Quest pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 24 orang peserta lelaki dan 26 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 22 sehingga 65 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam pengangkutan, perikanan dan pertanian.

Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab  sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.

Pihak GMS secara tulusnya memberi sokongan kepada 50 orang peserta kali ini untuk mendapat pertimbangan dari pihak LZS bagi pemberian modal memulakan perniagaan. Ianya berdasarkan keyakinan pihak kami bahawa peserta-peserta ini mampu memanfaatkan bantuan modal dari pihak LZS dengan sebaiknya melalui pemantauan oleh pegawai kami. Pihak GMS mencadangkan agar jumlah bantuan yang bakal diberikan oleh LZS adalah wajar dan berpadanan dengan perniagaan peserta. Menurut pihak GMS sebagai pihak perunding, jumlah bantuan dicadangkan adalah tidak melebihi RM15,000 walaupun terdapat peserta yang memohon dalam jumlah yang lebih tinggi

Oct 8, 2012

CONTOH KERTAS CADANGAN PERNIAGAAN

Kepada para usahawan yang baru anda boleh mencuba menggunakan contoh rancangan perniagaan yang diberikan melalui laman sesawang kami ini ataupun menghubungi pihak kami ditalian 03-55418787 atau 019-2267773

Oct 1, 2012

PROGRAM INSPIRASI PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI VETERAN TIDAK BERPENCEN


Program Inspirasi Pembangunan Sosio Ekonomi Veteran Tidak Berpencen ini disediakan oleh Interlink Impact Holding Sdn. Bhd. bertujuan untuk membantu pihak Perhebat mengetahui perjalanan kursus selama sehari yang telah dijalankan dengan jayanya di Holiday Villa, Alor Setar, Kedah. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak Perhebat untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak IIHSB berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak Perhebat mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak Perhebat pada masa akan datang.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak IIHSB pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.














Sep 27, 2012

KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL USAHAWAN LZS


Laporan Kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal Usahawan ini disediakan oleh Grow Management & Services (GMS) bertujuan untuk membantu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari satu malam yang telah dijalankan dengan jayanya di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak LZS untuk memilih bakal usahawan yang berpotensi untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui ulasan serta rumusan yang disediakan oleh pihak GMS berdasarkan prestasi peserta sepanjang program. Laporan disediakan dalam bentuk ringkasan,carta, jadual serta graf analisa bagi memudahkan pihak LZS mengetahui statistik profil, tahap kepuasan hati peserta tentang perjalanan kursus dan modul yang disediakan serta markah pencapaian usahawan dalam borang-borang ujian yang diberikan sepanjang program berlangsung. Statistik ini dapat membantu dalam pemantapan program keusahawanan oleh pihak LZS pada masa akan datang.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak GMS pada program ini adalah lebih tertumpu kepada modul-modul serta aktiviti berkumpulan dan ujian.Melalui modul-modul yang telah dijalankan, usahawan yang memiliki komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya akan dicungkil dan diharapkan mereka akan diberikan bantuan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 24 orang peserta lelaki dan 26 peserta wanita. Peserta juga adalah dari peringkat umur 22 sehingga 65 tahun yang secara keseluruhannya adalah berniaga dan hanya segelintir yang terlibat dalam pengangkutan, perikanan dan pertanian.

Selama dua hari satu malam kursus ini dijalankan, En Amizar Bin Abu Adam dan di bantu oleh penceramah yang lain bertanggungjawab  sebagai penceramah serta dibantu oleh fasilitator untuk melatih usahawan didalam modul yang telah dirangka.










Sep 16, 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI VETERAN ANGKATAN TENTERA TIDAK BERPENCEN

Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sosioekonomi Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen (PPSEV-ATM-TBP) telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 13 hb September 2012. Seramai 3156 orang peserta hadir pada majlis ini yang terdiri daripada veteran angkatan tentera tidak berpencen.


Pihak IIHSB telahpun menyediakan pengisian program mengikut persetujuan PERHEBAT dimana para peserta yang hadir ini memahami bahawa PERHEBAT telahpun mengatur strategi yang mampan untuk melaksanakan program pembangunan sosioekonomi anggota tentera yang tidak berpencen ini dimana didalam program majlis pelancaran ini para peserta didedahkan dengan seminar berskala besar diantaranya penceramah yang melaksanakannya adalah seperti berikut:-

       I.        YBhg Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sebagai Penceramah “Motivasi Perdana”
     II.        YBhg Dato’ Ameer Ali Myden sebagai Penceramah “Keusahawanan Yang Mampan”

Tuan Haji Suhadi bin Komar, Ketua Pengarah PERHEBAT pula telah memberikan satu taklimat khusus kepada para peserta dimana beliau telah pun menerangkan bagaimana proses program pembangunan ini bakal dan sedang dilaksanakan diseluruh pelosok negeri peserta masing-masing dan didapati para peserta dapat memahami hasrat PERHEBAT untuk melaksanakan program ini sehingga berjaya.










Sep 13, 2012

KARNIVAL KERJAYA SEKTOR PERTANIAN 2012


Laporan Karnival Kerjaya Sektor Pertanain 2012 ini disediakan oleh IIHSB bertujuan untuk membantu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) mengetahui perjalanan kursus selama dua hari bermula pada 8 september 2012 sehingga 9 september 2012 telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Tun Razak 4, PWTC, Kuala Lumpur. Selain itu laporan ini juga adalah bertujuan bagi membantu pihak NATC untuk mengenalpasti setiap program yang berlaku sepanjang karnival ini dijalankan.

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak IIHSB pada program ini adalah lebih tertumpu kepada ceramah-ceramah antaranya ialah Career Talk-Success Stories dalam bidang tanaman yang disampaikan oleh Pn Marina Nasir, Project Director Green Agro World. Diikuti ceramah berkaitan bidang Akuakultur yang disampaikan oleh Cik. Nadia Farhana Binti Mohd Fadzil. Pada hari kedua juga pihak Interlink turut mengadakan ceramah Klinik Kerjaya berkaitan Kaedah Membuat Resume dan Tips Menghadiri Temuduga yang disampaikan oleh En Md Hatta Md Jauhar . Pihak IIHSB turut menjemput Rosyam Noor untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada peserta yang hadir.

Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya dan Majlis Menandatangani MOU turut berlangsung yang telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Haji Noh bin Omar ,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta tetamu-tetamu kehormat yang dijemput dalam program ini.